Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Escort Mk1 RS Continumod – Bukan Restomod, Tapi Kereta Baharu Siap Nombor Casis! Harga RM1.6j
Roda4

Ford Escort Mk1 RS Continumod – Bukan Restomod, Tapi Kereta Baharu Siap Nombor Casis! Harga RM1.6j

Abang HirataBy Abang Hirata17/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI dunia automotif semakin maju, tetapi Boreham Motorworks membawanya ke belakang. Bukan bermaksud mundur, tetapi menawarkan masa silam dengan mengeluarkan model klasik Ford Escort Mk1 RS2000!

Model ini bukan calang-calang, dikeluarkan sebagai edisi terhad lima dekad lalu dan sebagai varian prestasi tinggi Escort Mk1 RS.

Satu lagi yang hebat, Ford Escort Mk1 RS Continumod bukan projek restomod (baik pulih dan ubah suai), tetapi kereta baharu dengan nombor casis diluluskan Ford!

Continumod pada hujung nama model ini merujuk kepada segmen baharu yang diwujudkan Boreham berbanding restomod.

Pelanggan ditawarkan dua pilihan enjin, iaitu Twin Cam dengan sesaran dinaikkan kepada 1,845cc dan transmisi ‘straight cut’ Ford bullet 4-kelajuan.

Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api dan menghasilkan output kuasa 185ps (183hp). Pilihan kedua pula membolehkan pemandu menikmati kuasa 300ps (298hp) daripada enjin 2.1L dengan berat tidak sampai 85kg.

Enjin dengan aci sesondol kembar atas (DOHC) dan aci pacuan rantai boleh ‘ditekan’ hingga 10,000rpm serta turut menggunakan rod penyambung besi tempa dan aci engkol (crankshaft) bilet.

Set ekzos titanium ditala untuk prestasi dan deruman dari enjin, manakala kuasa disalurkan melalui kotak gear dogleg 5-kelajuan dengan nisbah gear buatan khas.

Dari segi rekabentuk, Pengarah Rekabentuk, Wayne Burgess bukan calang-calang kerana pernah menduduki jawatan Pengurus Rekabentuk Kanan Aston Martin Lagonda, Pengarah Rekabentuk Jaguar Land Rover dan Ketua Rekabentuk dan Naib Presiden, Geely Design United Kingdom.

Projek ini dekat dengan beliau yang turut memiliki Escort Mk2 sebagai kereta pertama. Menghasilkan kereta baharu bermakna Boreham menggunakan pengimbasan laser dan perisian CAD selain analisis CAE untuk peneliltian kejuruteraan dan penambahbaikan struktur.

Boreham juga merekabentuk jig baharu untuk pengeluaran bermutu mengikut piawaian masa kini. Kereta baharu juga bermakna 150 pemilik akan menikmati waranti dua tahun, atau 20,000 batu (32,000km) untuk ketenangan minda.

Berikut ciri Ford Escort Mk1 RS Continumod:

Dimensi dan Berat

  • Panjang 3,780mm, lebar 1,703mm dan tinggi 1,335mm.
  • 800kg (sasaran).

Trenkuasa

Twincam 1,845 cc DOHC
  • Enjin twincam 1,845 cc DOHC dengan output kuasa 185ps, dan rev maksimum 9,000rpm.
  • Gerek dan lejang 87.00mm x 77.62mm (dibesarkan 5mm).
  • Suntikan bahan api.
  • Takungan kering.
  • Transmisi straight cut Ford bullet 4-kelajuan.
Enjin Boreham Motoworks 2,100cc
  • Enjin Boreham Motoworks 2,100cc DOHC dengan output kuasa 300ps, dan rev maksimum 10,000rpm.
  • Suntikan bahan api (kawalan terotel elektronik).
  • Rod sambung besi tempa dan aci engkol (crankshaft) billet.
  • Takungan kering.
  • Pendawaian spesifikasi lumba.
  • Palam coil-on.
  • Transmisi dog leg 5-kelajuan.
  • Ekzos titanium.

Rekabentuk

  • Tanpa bampar tepi dan lampu signal bawah lampu besar.
  • Frem gril aluminium.
  • Rekabentuk lampu besar ala jalur pita ketika perlumbaan.
  • Bonet, but dan komponen dalaman gentian karbon.
  • Penyaman udara dengan empat corong.
  • Balutan Alcantara dan kulit.
  • Pilihan tali keledar 4-poin, dan ruangan simpanan helmet.
  • Rim buatan khas DRVN RS 15″ x  7″ dengan tayar 205/50 (depan), dan 15″ x 8″ dengan tayar 225/50 (belakang)

Casis dan Brek

  • Nisbah agihan berat 55:45.
  • Badan diperkukuh.
  • Rangka keselamatan dengan palang boleh cabut pada pintu.
  • Suspensi MacPherson depan, dan absorber spring berbanding spring daun (leaf).
  • Gandar belakang jenis ‘apung penuh’ daripada aluminium dan titanium.
  • Diferensial ATB.
  • Tanpa stereng kuasa, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kawalan traksi dan servo brek.
  • Kaliper 4-piston, cakera 260mm x 25mm (depan), kaliper 2-piston

Harga

  • Bermula £295,000 (RM1,662,740)
Boreham Motorworks Ford Ford Escort Ford Escort Mk1 Ford Escort Mk1 RS Ford Escort Mk1 RS Continumod Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.