Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya
Auto Terkini

Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya

ShawkathBy Shawkath20/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menyediakan tempat henti kecemasan untuk penunggang ketika hujan, Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) kini membuka satu lagi kemudahan di Lebuh Raya EDSA.

Dipanggil Stesen Baik Pulih Motosikal dan Basikal, kemudahan itu dilengkapi beberapa peralatan asas untuk kerja membaiki motosikal dan basikal. Menariknya, servis itu diberikan percuma dan dikendali kakitangan terlatih MMDA.

BACA >>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

Pengerusi MMDA, Romando Artes berkata;

Projek ini adalah untuk memberi ruang percuma dan bantuan dalam kes kecemasan baik pulih berbanding kerja menunda kenderaan. Kenderaan cuma akan ditunda jika tidak dapat dibaiki.”

Menurut Artes, agensi bercadang mendirikan lebih banyak stesen baik pulih motosikal dan basikal di kawasan strategik di seluruh ibu kota Manila yang lazimnya dilalui penunggang motosikal dan basikal. Projek itu juga akan diperluas untuk kenderaan empat roda.

Stesen Baik Pulih Motosikal dan Basikal itu beroperasi seawal jam 5 pagi hingga 9 malam setiap hari. Pada masa sama, Artes menasihatkan penunggang basikal supaya mengamalkan langkah keselamatan jalan raya, manakala penunggang motosikal tidak memasuki laluan basikal.

MMDA juga akan terus mengemukakan cadangan pembinaan laluan bertingkat untuk basikal dan laluan pejalan kaki. Perbincangan akan diadakan bersama pihak berkepentingan untuk menentukan sama ada penunggang motosikal akan disediakan lorong khas di laluan utama.

BACA >>> Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek
BACA >>> ‘JPJ Filipina’ Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara
BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?

SUMBER: Motopinas

autoterkini Lebuh Raya EDSA Lebuh Raya Filipina Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) roda2 Romando Artes Stesen Baik Pulih Motosikal dan Basikal
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.