• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Filipina Lancar Toyota Vios (2019) Serba Baru - Semua Varian Ada 7 Beg Udara!

August 2, 2018 By AI Leave a Comment


TOYOTA Motor Philippines baru-baru ini melancarkan model Vios serba baru untuk pasaran negara itu dan kebetulan pula model segmen-B diberikan rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP yang dijalankan pada suku keempat tahun lalu.

Toyota Vios kali pertama menjalani sesi ujian rasmi Asean NCAP pada 2012. Pada masa itu, Vios cuma meraih rating 4-Bintang untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan rating 2-Bintang untuk kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP).

BACA >>> Toyota Vios (2018) Baharu Mirip Yaris Ativ?

Asean NCAP ketika itu juga mempunyai sistem rating berbeza dan tiada skor kumulatif keseluruhan yang terbahagi kepada tiga kategori utama, termasuk Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT).

Kali ini, skor dicapai Vios ialah di bawah protokol 2017-2020 (paling terkini) dengan jumlah keseluruhan 81.63 mata. Jika dipecahkan, skor yang diraih ialah: 44.70 mata (AOP), 21.66 mata (COP) dan 15.28 mata (SAT).

toyota-vios-2019-1
toyota-vios-2019-3
toyota-vios-2019-2
toyota-vios-2019-4

Model Vios yang diuji itu dilengkapi 7 beg udara dan ciri keselamatan aktif seperti amaran tali keledar untuk penumpang depan, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kerusi ISOFIX dan pautan atas/top tether. Menariknya, semua ciri tersebut diberikan sebagai standard untuk semua varian! Wow!

Selain Filipina, Vios serba baru ini juga bakal dilancarkan di Indonesia. Berdasarkan tinjauan kami ke laman web Toyota Astra, pengeluar itu sudah pun meletakkan pautan brosur Vios baru ini, tetapi cuma spesifikasi asas didedahkan, manakala maklumat tentang harga dan ciri keselamatan masih rahsia.

BACA >>> Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

Di Thailand pula agak pelik kerana rekabentuk Vios serba baharu (seperti Filipina dan Thailand) ialah milik Yaris Ativ. Sebaliknya model Vios masih mengekal rekabentuk model generasi 3 (seperti Vios di Malaysia sekarang).

Apakah pelancaran di Fipilina itu menandakan Malaysia juga akan turut sama memperkenalkan Vios serba baru pada tahun ini?

Sebelum itu, kita tonton dulu video ujian perlanggaran Asean NCAP yang melayakkan Vios serba baru mendapat skor 5-bintang.

SUMBER: CarmudiInsider

Filed Under: Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Filipina, Rating, Roda4, Segmen B, subkompak, Toyota, Toyota Filipina, Toyota Vios, Toyota Vios Serba Baru (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?#TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my