Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Filipina Dapat Kawasaki Rouser RS200, NS200 dengan Dwi-ABS, Harga Mula RM9.9k!
Roda2

Filipina Dapat Kawasaki Rouser RS200, NS200 dengan Dwi-ABS, Harga Mula RM9.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Filipina mengumumkan ketibaan pilihan baharu Rouser dengan warna baharu dan ciri dipertingkat iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran yang lebih moden supaya kekal relevan di pasaran.

Siri Rouser, yang dikenali Modenas Pulsar di Malaysia, terdiri daripada dua model dipertingkat, iaitu NS200 dan RS200 yang kedua-duanya ada ditawarkan dalam varian Standard dan ABS dwi-saluran.

Berikut perincian streetbike itu:

  • Harga bagi Rouser RS200 ABS (fairing) ialah 133,900 peso (RM11,470), manakala Rouser NS200 ABS (naked), berharga 116,000 peso (RM9,930).
  • ‘Pulsar Filipina’ itu dipacu trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 199.5cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan teknologi tiga palam pencucuh DTSI berkuasa 24.13hp @ 9,750rpm dan tork 18.7Nm @ 8,000 rpm.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan jenis sirat malar (constant mesh), sama seperti KTM 200 Duke dan RC.
  • RS200 dan NS200 menerima suntikan bahan api elektronik (EFI) dan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk roda depan dan belakang. (varian Pulsar NS dan RS di Malaysia masih kekal guna sistem ABS tunggal pada roda depan).
  • Ada skema warna baharu lebih maskulin, Pewter Grey (kombinasi hitam-kelabu) dan hitam-putih.
  • RS200 memiliki kapasiti tangki minyak 13 liter, manakala NS200 cuma 12 liter. (Sama seperti Modenas Pulsar).
  • Komponen terdahulu dikekalkan iaitu fork teleskopik (depan), monoshock Nitrox (belakang). RS200 masih menggunakan lampu projektor di depan dan lampu LED penuh di belakang untuk lampu brek dan lampu signal belok.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Kini Warna, Grafik Baharu dengan Rim Putih, Harga RM9.9k
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Inilah 10 Trend yang Pernah Jadi Kegilaan Mat Motor 90-an

SUMBER: MotoPinas | https://kawasaki.ph/motorcycles/standard/

Kawasaki Filipina Kawasaki PH Kawasaki Pulsar Kawasaki Rouser Kawasaki Rouser NS200 (2021) Kawasaki Rouser NS200 ABS (2021) Kawasaki Rouser RS200 (2021) ABS Kawasaki Rouser RS200 ABS (2021) modenas pulsar roda2 streetbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.