• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Fifie Teruja Mahu Mulakan Aksi Cub Prix Musim 2016

Fifie Teruja Mahu Mulakan Aksi Cub Prix Musim 2016

March 8, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

10
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Fifie Pelumba Wanita Cub Prix_Pandulajudotcomdotmy (1)PELUMBA wanita, Siti Norafizah Mohamad teruja mahu memulakan saingan dalam kelas CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang akan membuka tirai di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 12 dan 13 Mac ini.

Setelah beberapa tahun beraksi dalam kelas persendirian, Pro-Am Cup, pelumba yang dikenali sebagai Fifie itu bertuah apabila dilamar pasukan BHP-Petrol Tabuan Racing untuk beraksi dalam kelas terbuka selain merupakan pelumba wanita tunggal dalam kategori tersebut.

Fifie Pelumba Wanita Cub Prix_Pandulajudotcomdotmy (2)Pertama kali menampilkan diri dalam sukan permotoran pada usia 16 tahun, Fifie berjaya menepis tanggapan di mana sukan ini hanya layak diceburi lelaki apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan sepanjang beraksi dalam kategori Pro-Am.

“ Susah untuk meyakinkan pengurus pasukan di mana pelumba wanita juga mampu memberikan aksi terbaik seperti mana pelumba lelaki. Jika ingin beraksi sebagai pelumba persendirian dalam kategori CP115, ia melibatkan kos yang tinggi, jadi kategori Pro-Am adalah lebih sesuai,” katanya.

Fifie Pelumba Wanita Cub Prix_Pandulajudotcomdotmy (3)Sepanjang musim lalu, Fifie berjaya meraih enam podium dan berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan di belakang Azrulaffendi Hadi dan Md Yusof Omar sekalipun tidak beraksi dalam tiga pusingan akibat patah kaki.

“ Keputusan baik yang dicapai pada musim 2015 meyakinkan pasukan untuk memilih dan meletakkan saya di dalam kelas CP115. Saya perlu bekerja lebih keras dan meletakkan harapan untuk beraksi di pentas Asia satu hari nanti.”

“ Impian saya adalah untuk mengubah minat dan kesungguhan saya terhadap motosikal kepada karier jangka masa panjang. Saya mahu membalas jasa dan pengorbanan mama saya selama ini,” tambahnya lagi.

Dari tim Pandulaju, selamat maju jaya Fifie.

Artikel Berkaitan

10
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AAM, BHP, BHP-Petrol Tabuan Racing, CP115, Cub Prix 2016, Fifie, Petronas, Pro-Am Cup, Siti Norafizah Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
    Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
  • Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
    Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
  • Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
    Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
  • CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
    CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my