Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia
Roda4

Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUAH Ferrari Dino 308 GT4 tahun 1978 mencuri perhatian apabila berjaya ditempatkan di tingkat 29 sebuah bangunan komersial pada ketinggian 102.85 meter, sekali gus mencipta dua rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

Model sport klasik ikonik itu diangkat masuk ke ruang pejabat penthouse dan diletakkan di bahagian ruang tamu, menjadikannya elemen utama yang pasti menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke ruang berkenaan.

Ferrari Jadi ‘Centerpiece’ Pejabat Penthouse

Ini bukan sekadar dekorasi mewah biasa, sebaliknya satu konsep luar jangka yang membezakan ruang pejabat premium daripada kebiasaan.

Jika kebanyakan pejabat hanya menampilkan meja kerja, kerusi dan panorama bandar, kehadiran sebuah Ferrari klasik di ruang tamu jelas membawa pengalaman yang jauh lebih eksklusif dan dramatik.

“Dengan ini, dua pencapaian tercapai serentak: Ferrari pertama yang dipamerkan di Office Penthouse, dan pameran Ferrari di altitud tertinggi dalam bangunan komersial,” kata Malaysia Book of Records.

Dua Rekod Baharu Dalam Satu Masa

Pencapaian tersebut menyaksikan Rembawang berjaya mencatat dua rekod serentak, iaitu sebagai Ferrari pertama dipamerkan dalam office penthouse serta pameran Ferrari pada altitud tertinggi dalam bangunan komersial di Malaysia.

Ia sekali gus menambah nilai eksklusiviti projek pembangunan berkenaan, khususnya dalam pasaran hartanah komersial premium di pusat bandar Kuala Lumpur.

Usaha Berbulan-Bulan Untuk Jayakan Misi

Menurut Rembawang Holdings Sdn Bhd (RHSB), detik bersejarah itu adalah hasil komitmen seluruh pasukan yang mengambil masa berbulan-bulan menerusi perancangan yang sangat teliti.

Proses membawa sebuah kereta klasik ke tingkat 29 sebuah menara pejabat korporat Gred-A bukan tugas mudah kerana ia memerlukan koordinasi teknikal, logistik dan keselamatan yang rapi.

Simbol Projek Ikonik Di Tengah KL

RHSB menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama ramai pihak yang bergerak ke arah satu matlamat sama untuk mencipta sesuatu yang unik buat pertama kali di Malaysia.

Menurut syarikat itu, melihat hasil akhir selepas segala usaha dan masa yang dicurahkan menjadi satu ganjaran yang amat membanggakan buat seluruh pasukan.

SUMBER: FB Malaysia Book of Record

Auto Terkini Dua Rekod Ferrari Ferrari Dino 308 GT4 Ferrari Klasik Malaysia Book of Records Pejabat Penthouse Rembawang Holdings Sdn Bhd tingkat 29
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.