• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari 488 GT Modificata - Model Khas Trek yang Diubah Suai Tanpa Had, 690hp!

Ferrari 488 GT Modificata - Model Khas Trek yang Diubah Suai Tanpa Had, 690hp!

November 27, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda perlumbaan antarabangsa seperti GT3 mempunyai spesifikasi khas kereta lumba? Spesifikasi atau syarat tersebut mengehadkan beberapa aspek seperti kuasa kuda, berat, pengurusan enjin dan aerodinamik.

Tujuannya supaya tiada pengeluar mendominasi sesebuah kelas perlumbaan. Ini kerana jika spesifikasi dibiarkan tanpa had, cuma pasukan kaya mampu buat apa saja untuk kereta mereka.

Berbeza pula Ferrari apabila mengeluarkan kereta yang tidak peduli peraturan ditetapkan. 488 GT Modificata ialah model edisi terhad yang dibangunkan menggunakan teknologi yang dikhaskan untuk 488 GT3 dan 488 GTE. Ia sengaja dibangunkan begitu supaya bebas berkuasa dan dibuat eksklusif untuk perlumbaan hari litar (track day) dan program Ferrari Club Competizioni GT.

Apakah yang menarik tentang 488 GT Modificata?

BACA >>> Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

1. Trenkuasa Perlumbaan

Dalam istilah Ferrari, Modificata bermaksud rekabentuk yang dievolusi untuk prestasi lebih baik. Justeru Ferrari memaksimumkan prestasi cemerlang dimiliki 488 GT3 dan 488 GTE dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dan membangunkan teknologi baharu yang tidak lagi tertakluk kepada syarat Keseimbangan Prestasi (Balance of Performance) ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Enjin 3.9L Twin-Turbo V8 menggunakan komponen khas dan bahan daripada enjin perlumbaan dengan ledakan kuasa sekitar 690hp berikutan pemetaan prestasi tinggi. Kotak gear turut dipertingkat dengan nisbah transmisi baharu dan klac gentian karbon. Penukaran itu membantu menguruskan peningkatan kuasa dan daya tork daripada enjin.

2. Aerodinamik Diperbaharui

Ciri aerodinamik 488 GT Modificata diperbaharui dengan mengalih pusat tekanan ke depan. Kaedah itu membolehkan dayamendap (downforce) dijana lebih tinggi pada bahagian depan tanpa meningkatkan seretan keseluruhan, sekali gus menjadikan jentera lebih cekap dan sensitif kepada perubahan sudut sayap belakang.

Badan kereta pula dibuat daripada gentian karbon, sama seperti 488 GTE, kecuali bumbung aluminium. Pakej aerodinamik yang dibuat menjana lebih 1,000kg dayamendap pada 230kmj.

3. Pengendalian dan Sistem Brek Dipertingkat

Suspensi 488 GT Modificata sama seperti 488 GTE, manakala sistem henti dibangunkan dengan kerjasama Brembo. Sistem Brek Anti-Kunci daripada 488 GT3 Evo 2020 yang ditala khas.

 

4. Data Pemanduan dan Ciri Praktikal

488 GT Modificata menggunakan sistem perolehan V-Box dengan kombinasi sistem perolehan data telemetri Bosch. Sistem tersebut membolehkan data dimuat turun terus ke USB.

Bagi memudahkan pemandu, walaupun dibina untuk trek, tetapi tetap dilengkapi ciri praktikal seperti kamera undur resolusi tinggi, kerusi kedua dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) untuk menyukat suhu dan tekanan tayar.

5. Gabungan Model Hebat

488 GTE digunakan untuk Kejohanan Enduran Dunia,manakala 488 GT3 pula membawa saingan hebat dalam perlumbaan GT. Kedua-duanya adalah antara model paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Ferrari.

488 GT3 mencatatkan lebih 350 kemenangan dan 630 podium pada perlumbaan kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Kejuaraan Enduran Dunia FIA bagi kategori Pengeluar, Pemandu dan Pasukan. 488 GTE pula berjaya dalam kejuaraan 24 Hours of Le Mans dan Petit Le Mans.

6. Bukan Semua Orang Boleh Beli

Sama seperti model Ferrari lain, 488 GT Modificata boleh dipesan mengikut selera pembeli. Bagaimanapun bukan semua orang boleh membelinya.

Pada peringkat awal 488 GT Modificata hanya ditawarkan kepada pemandu yang sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam program Competizioni GT bersama Ferrari atau Club Competizioni GT.

7. Club Competizioni GT

488 GT Modificata akan digunakan untuk program acara litar Ferrari, Club Competizioni GT. Objektif program itu adalah menjadi platform kepada model tersohor Ferrari daripada model F40 Competizione hingga 488 GT3 dan GTE.

Pada musim 2021, pelanggan berpeluang mengambil bahagian dalam lima acara litar dan merasai pengalaman jentera mereka dan antara litar terlibat ialah Monza, Suzuka dan Nurburgring.

BACA >>> Ferrari Omologata Milik Pelanggan Eropah Ini Hanya Ada Satu Unit Sahaja di Dunia

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1957 Ferrari Testa Rossa, Ferrari, Ferrari 488 GT Modificata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev