Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»FAQ: Ramai Je Pemandu Tidur dalam Kereta Tak Ada Apa-Apa Pun? Kenapa Nak Larang?
Autotainment

FAQ: Ramai Je Pemandu Tidur dalam Kereta Tak Ada Apa-Apa Pun? Kenapa Nak Larang?

Han OthmanBy Han Othman01/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA yang mungkin kurang jelas pasal risiko maut jika tidur dalam kereta seperti disiarkan artikel ini. Artikel berbentuk soal jawab ala FAQ ini akan menjelaskan lagi tentang persoalan dan kemusykilan yang membelenggu minda anda. Misalnya;

  • “Kenapa duduk dalam jem berjam-jam OK saja?”
  • “Abang lori macam mana? Depa confirm hari-hari tidur dalam lori?”
  • “Betul ke kalau tidur pasang aircon kena buka tingkap sikit?”

▶️ Artikel Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut diambil daripada pengalaman dan pengetahuan seorang saintis yang sememangnya bergelumang dengan bahan kimia beracun dan berbahaya. Buat pengetahuan, penulis ialah pemilik ijazah kedoktoran dalam bidang kimia dan fizik. Jadi risiko bahaya yang dijelaskan beliau boleh dipercayai.

Takkanlah kita hendak percaya seseorang hanya semata-mata dia atau abah dia tidak mati ketika tidur dalam kereta? Ini samalah macam situasi; “Aku OK je dah 25 tahun bawa kereta tak ada airbag. Hidup lagi apa? Mengarut ja airbag semua tu.”

Tapi, kami dapat sumber pengeluar kot. Depa bagitau kereta depa selamat!”

Pengeluar ialah syarikat pembuat kereta. Jadi, agak lucu jika pengeluar mendakwa kereta mereka tidak selamat. Samalah seperti kita ke kedai makan dan tanya; “Sedap tak nasi goreng ni?” Sudah tentu tuan kedai akan beritahu nasi goreng dia memang meletop.

Jadi, cara mendapat maklumat tulus dan telus ialah daripada pihak yang tidak berkepentingan seperti saintis dan pengamal perubatan.

Habis tu, abang lori tidur selamba saja tip-tiap hari. Ramai lagi yang tidur dalam kereta masih hidup.”

Dalam perubatan, jumlah kematian lebih penting daripada jumlah manusia sihat/hidup. Misalnya, jika ada seorang pesakit maut akibat tidak divaksin, ia isu besar bagi pengamal perubatan. Sebaliknya bagi mereka yang anti-vaksin atau acah-acah berilmu, mereka akan cakap; “Alah, sorang je mati daripada 23 juta penduduk Malaysia kot. Kecoh je lebih.”

Dalam isu keracunan karbon monoksida (CO), misalnya di Amerika Syarikat (AS), jumlah kematian akibat pelbagai insiden CO cuma kira-kira 400 kes setahun (BACA paragraf akhir: DailyMail – 5 teens dead from car carbon monoxide poisoning in Florida motel room.)

Jika dibandingkan jumlah penduduk AS seramai lebih 300 juta orang, apalah sangat 400 kes kematian akibat keracunan CO dalam setahunkan? Tapi adakah pengamal perubatan di sana goyang kaki saja? Adakah aktivis automotif mereka berdiam diri saja? Sudah tentu tidak, mereka agresif menyampaikan kesedaran mengenai risiko bahaya tidur dalam kereta.

▶️ Malah, kajian Iowa State University [BACA soalan akhir: Carbon Monoxide Poisoning: Vehicles (AEN-208)] mendedahkan keracunan CO bukan saja berisiko maut, tetapi juga menjejaskan kemampuan memandu dari segi kehilangan fokus, lambat berfikir dan tidak rasional serta keliru.

Bukankah di negara kita juga banyak kes kemalangan membabitkan kenderaan berat dan pengangkutan awam seperti lori dan bas yang kebanyakkan berpunca daripada kecuaian pemandu? Adakah kecuaian itu sekadar sikap saja? Ataupun disebabkan faktor lain seperti keletihan atau keracunan CO? Ini cuma hipotesis kerana setakat ini belum lagi ada kajian akademi peringkat tempatan mengenai punca itu. Tetapi kajian luar negara (seperti pautan di atas) sudah pun mengesahkannya.

Kalau nak tidur pasang aircon, bukalah tingkap bagi udara masuk!”

Apa kata baca dahulu pautan ini di paragraf 10-12: (GulfNews – Sleeping in the cool comfort of your car can kill you).

Ini ialah terjemahan apa dikatakan pakar perubatan di Pusat Perubatan Utama Dubai, Dr Babu Shershad (meninggal dunia tahun lalu):

Walaupun dengan tingkap dibuka, CO akan berkumpul pada paras lebih rendah yang akhirnya merendahkan oksigen dalam darah, dan menyebabkan seseorang itu hilang bendalir dan air dalam tubuh selepas jangka masa tertentu.”

Dr Shershad turut membandingkan kehilangan bendalir tubuh dengan eksperimen mudah, iaitu berapa lama masa diambil untuk satu-satu pakaian basah itu mengering dalam kereta.

Habis tu, ramai yang duk terperangkap dalam sesak tu tak pulak mati?”

Sebenarnya ada beza antara memandu berjam-jam lama dengan aircond terpasang atau tingkap dibuka, dan tidur dalam kondisi yang sama. Sekali lagi Dr Shershad merungkaikan misteri berkenaan (pautan sama, GulfNews paragraf 14-17);

Apabila anda memandu untuk jangka masa lama, anda sedar tentang suhu dalam kereta, termasuk sebarang kemungkinan kebocoran. Kita biasanya akan menurunkan tingkap jika udara dalam kereta mula terasa pengap atau jika memerlukan sedikit udara segar.

“Bagaimanapun, dalam kes tidur dalam kereta, seseorang itu tidak sedar dengan paras suhu yang membolehkan kepanasan terbentuk dan CO berkumpul. Saya sarankan pemandu ambil rehat sekejap dengan keluar kereta apabila memandu jauh,” katanya yang turut menggesa orang ramai mengelak tidur dalam kereta melainkan kecemasan.”

Pesanan kami, cari tempat redup, matikan enjin dan tidur. Jika panas, beli kipas mudah alih dengan sambungan USB. Boleh juga tidur di surau atau pondok kecil di RnR atau hentian sebelah. Senangkan?

Korang ni kecoh je lebih!”

Ya, memang mahu kecoh, tapi bukan hendak buat pembaca paranoid tidak tentu pasal. Tetapi jangan pula nafikan fakta, tambahan lagi daripada pakar yang memang ahli dalam bidangnya.

Kadar ketahanan setiap orang terhadap CO pun tidak sama. Orang lain mungkin steady tidur 6 jam dalam kereta, tapi kita belum tentu. Silap haribulan, 2 jam dah kiok. Lagi satu analogi, semua orang tahu minum air gas (berkarbonat) berbahaya untuk kesihatan. Tapi adakah kita akan terus sakit dan mati sebaik saja selepas minum? Jadi, adakah kita akan kata minum air gas itu baik untuk kesihatan sebab tak mati on the spot?

Brader Lori CO Dr Babu Shershad FAQ Karbon Monoksida (CO) Keracunan Karbon Monoksida (CO) Maut Tidur Dalam Kereta Risiko Maut Tidur dalam Kereta sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Lampu isyarat biru di jalan raya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.