Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
Autotainment

FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

Han OthmanBy Han Othman21/05/201917 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DISEBABKAN masih ramai yang keliru, buntu, sakit jiwa, dan mental, maka kami buat satu artikel edisi mudah faham tentang peraturan baharu cermin gelap kenderaan yang diumumkan petang tadi. Ingat, artikel ini tidak dibayar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kerajaan Malaysia, cuma inisiatif sendiri supaya kita rakyat Malaysia tidak jadi hamba politik.

Membantah biar berakal, menyokong biar ada batasnya. Hah, baca sampai habis.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

* Gaya bahasa kali ini lebih santai dan tidak skema serta menggunakan beberapa istilah Inggeris bagi memudahkan pemahaman. Harap maklum.

1. APA BENDA PERATURAN BAHARU CERMIN GELAP 2019?

Semua pemilik kenderaan persendirian (kereta sendiri, bukan kompeni) sudah boleh pasang tinted ikut spec kat bawah ni:

▪ Cermin depan – 70%
▪ Cermin sisi depan – 50%
▪ Cermin belakang – tak ada had, nak gelap terus pun boleh.

* Peratusan di atas ialah tahap telus atau tembus cahaya, BUKAN peratusan gelap. Jika 70%, maknanya kadar gelap dibenarkan ialah 30% sahaja. Harap maklum.

2. HABIS TU YANG ADA CAJ PERMOHONAN RM50, DAN TAMBAH LAGI RM5,000 BILA LULUS TU APA?

Yang kena mohon dan caj ni untuk mereka yang nak ekstra gelap daripada peratus standard kat atas tu. Contoh: hang nak cermin depan gelap 95%, dan cermin sisi depan pula gelap 95%. Ini kena mohon (RM50) dan bayar (RM5,000, kalau lulus).  TETAPI, ini khas untuk permohonan atas sebab KESELAMATAN sahaja.

Pemohon kategori ni biasanya VIP macam geng menteri, majistret, ahli perniagaan dan sesiapa saja yang berprofil tinggi (Contoh: Hulk, Captain America, Thor).

3. SO, KALAU IKUT STANDARD TINTED JPJ ATAS TU, MEMANG TAK KENA BAYARLAH YE?

Ya, tak kena. Kalau ikut standard JPJ, tak payah mohon dan tak payah bayar satu sen pun kat JPJ. Tapi nak pasang tinted kat kedai aksesori tu kenalah bayar.

4. YANG FREE TU APA PULA? KAN DAH MEMANG FREE?

Janganlah confuse lagi. Kes free ni sebenarnya sama geng dengan pemohon ‘tinted keselamatan’, tapi permohonan dibuat atas sebab KESIHATAN. Contoh: semua cermin kereta hang kena tinted atau gelapkan 95% sebab hang drakula. Kalau tak tinted nanti kena panas boleh mati. Mohonlah, yang ini free untuk mohon dan lulus.

5. SEBAB APA PEMOHON ‘TINTED KESELAMATAN’ TU NAK KENA CAJ PULA?

Sebabnya, majoriti pemohon kategori ni daripada golongan berkemampuan (baca: kaya). Dan orang kaya memang banyak musuh (perompak, penyamun, pembunuh upahan, dll). Jadi memang boleh pakailah logik alasan ‘keselamatan’. Kalau orang kaya/VIP/menteri tu rasa dia ok je pakai tinted ikut standard JPJ, pun tak ada masalah. Tapi kalau nak mohon, kenalah bayar RM50, dan kalau lulus bayarlah lagi RM5,000.

6. HABIS TU, KESELAMATAN ORANG BIASA MACAM KITA NI MEMANG TAK PENTINGLAH, MACAM TU?

JPJ dah bagi standard tinted cermin belakang dah boleh gelap habis, cermin tepi 50%, dan cermin depan 70%, hang nak gelap macam mana lagi?! Kalau betul ada isu keselamatan, buatlah permohonan berbayar dan kalau lulus bayar sajalah.

Contoh: Hang kerja kilang, tapi banyak musuh. Pergilah buat permohonan (bayar RM50), dan kalau lulus bayar lagi RM5,000. JPJ akan nilai permohonan hang tu. Kalau layak, dapatlah tinted gelap habis semua cermin, kalau tak lulus, burn RM50.

BACA >>> Kerajaan Umum Peraturan Baharu Cermin Gelap, Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang

7. KABEL SEMUA TU, ADA DUIT SEMUA JADI. PUIHHHH….

Peraturan baru ni sebenarnya penambahbaikan daripada peraturan lama. Kalau dulu, permohonan tinted keselamatan dan kesihatan ni cuma libatkan Menteri dan Ketua Pengarah JPJ. Jadi ada potensi salah guna kuasa. Ye lah, kawan menteri minta, takkan tak bagi.

Tapi kali ni, setiap permohonan tinted keselamatan dan kesihatan perlu lepas:

  • Jawatankuasa khas JPJ  – bukan seorang dua pegawai saja, ada ramai penilai
  • PDRM – pemohon mesti bebas rekod jenayah, mesti bayar saman tertunggak
  • Disahkan tandatangan Menteri/Ketua Pengarah JPJ

Fungsi Menteri dan Ketua Pengarah tu pula tak ada kuasa apa-apa sebenarnya, cuma tandatangan saja. Andaikata permohonan tu ada tandatangan Menteri/Ketua Pengarah JPJ, tapi tak ada pun kelulusan Jawatankuasa Khas JPJ, jawapannya, PERMOHONAN TAK SAH. 

Menteri/Ketua Pengarah tak boleh sailang Jawatakuasa Khas JPJ. Untuk pengetahuan, anggota JPJ ni bukan lantikan Menteri. Jadi ketelusan mereka boleh kita percayai.

8. ALAA.. ADA JAWATANKUASA KHAS PUN, BOLEH BAYAR PUNYALAH. GENG SENDIRI JUGAK, DAH TAU DAH

Ini langkah semak dan imbang untuk elak sebarang potensi ketidaktelusan dan rasuah daripada berlaku. Faktanya, peluang nak merasuah tu memang sentiasa ada. Tapi, kalau dah libatkan banyak pihak yang meluluskan permohonan tu, peluang buat kerja jahat itu sedikit sebanyak dipayahkan.

Maknanya, hang nak kena rasuah semua ahli jawatankuasa, itupun kalau semua nak terima rasuah hang. Lepas tu kena rasuah pula geng polis.

Ok, kalau hang tak nak buat macam ni, cuba bagi satu cadangan bernas untuk sama-sama kita kongsi. Cakap taik politik memang senanglah.

9. DUIT CAJ TU KE MANA PULA?

Masuk akaun JPJ dan digunakan untuk urusan pentadbiran JPJ bagi memudahkan orang ramai. Semua duit ni sudah tentu akan diaudit badan profesional.

10. KENAPA JPJ NAK NAIKKAN PERATUS GELAP? NAK TOLONG GANGSTER EH?

Sekurang-kurangnya untuk banteras dua isu:

  • Orang Tengah Ambil Komisen – Hang ahli perniagaan yang nak tinted gelap, dan kebetulan kawan hang kenal menteri. Kawan hang mintak RM10,000 dan cakap itu memang caj nak senang lulus tinted. Padahal hang kena kencing, duit tu masuk poket dia. Menteri pun tak minta apa, tapi hang pula berbakul duk maki Kerajaan.
  • Skandal Tukar Cermin Kereta Rekon – Rasanya semua dah tau isu ni. Majoriti kereta rekon (recond) dah memang datang standard dengan cermin gelap. Tapi kalau inspect Puspakom confirm tak lepas (ikut spec lama). Jadi hang pun pergilah mana-mana kedai cermin, tukar cermin standard dan baru pergi inspect. Bila dah lulus, hang pasang balik cermin gelap asal. Hang happy, tapi orang luar tengok sakit hati. Habis dimaki JPJ dan Puspakom, dituduhnya ambil rasuah.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…

autotainment Cermin Gelap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

17 Comments

  1. Joe on 08/05/2019 12:32

    Ok..tetap nak tya..(nampaknya mungkin aku sorang je ssh fhm)..
    Yg 70%>…50% tu….sebenarnya kadar gelap atau kadar cahaya telus?

    Kalau nak cahaya telus sebanyak 70%, maka kadar gelap cuma 30% la kan?

    Maafkan aku yg konpius..

    Reply
    • fauzi on 10/05/2019 09:40

      Betul tu. Kalau kadar telus cahaya 70%, maknanya 30% kadar gelap saje dibenarkan.

      Kalau ikut peraturan, cermin depan hanya boleh gelap 30%. cermin driver dan penumpang hadapan boleh gelap 50% dan cermin penumpang dan bonet/boot belakang boleh gelap sampai 100%.

      Reply
    • Farouk on 12/05/2019 11:57

      70% dan 50% tu kadar cahaya telus…di ulang cahaya telus.

      Reply
  2. BOSS on 10/05/2019 12:50

    70% tu kecerahan tinted / kadar telus cahaya.. 30% je gelap nya

    Reply
  3. Amu on 10/05/2019 18:42

    Ye betul tu bang

    Reply
  4. Mehh on 11/05/2019 10:21

    Susah betul kau nk membaca kan. Dh terang2 tulis kt situ kadar telus cahaya. Otak ke mata kau tinted 100% ke?

    Reply
    • Nor Azlizat Bin Abu on 31/08/2019 23:31

      Teksi atau grab car boleh ke ikut kadar baharu peratusan cermin gelap?

      Reply
  5. din dang on 13/05/2019 09:25

    mmg ayat tu skema sket…….dan org yg xberapa pandai mcm korang mgkn susah nk faham….’70% kadar cahaya telus’ tu maknanya 70% cahaya blh tembus masuk ke dalam kereta..30% kadar gelap adalah brp pekat @ gelap tinted tu…so klu kita compare cermin sisi depan ngan cermin hadapan :
    depan 70% kadar telus cahaya manakala sisi 50% kadar telus cahaya…maksudnya cermin sisi lebih gelap daripada cermin hadapan…

    Reply
    • ezzu on 16/05/2019 08:10

      lau dpn pon hang nak 100% maka bl mln hang simpan je kete, coz x nmpk jalan, dh gelap gila…

      Reply
  6. jerico on 25/05/2019 15:34

    Alamak sy pula cermin depan tinted origunal cermin kiri kanan drive gelap 0% belakang pn0% cermin kiri kanan depan dan belakang,cermin belakang teda had huhu

    Reply
  7. Alson on 14/06/2019 14:36

    Baru sahaja selesai tinted mengikut peraturan baru JPJ..
    Windshield depan 70-71% telus cahaya
    Cermin sisi hadapan 50-51% telus cahaya
    Cermin sisi tengah 1-2% telus cahaya
    Cermin sisi belakang 1-2% telus cahaya
    Cermin utama belakang 1-2% telus cahaya

    Jika saya melanggar peraturan, minta admin tolong fahamkan saya, tq..

    Exora

    Reply
    • arep on 06/07/2019 16:53

      Lagi best kalau tuan boleh update, kena saman dgn jpj atau tak lepas ni kalau jpj buat roadblock. sangat2 lah nak tau.

      Reply
  8. Lucius on 15/07/2019 21:39

    Apakah peraturan bahru ini apply kepada international vehicles entering Sarawak by land border ?
    Thanks

    Reply
    • Genks on 05/11/2019 02:27

      International vehicle dri mna? Dri brunei? Xsilap brunei tinted xbnarkan langsung. Haha

      Reply
  9. Bard on 30/08/2019 02:22

    Kalau grabcar sama juga ke?

    Reply
  10. Hail on 23/12/2019 22:48

    Hari ini tiba2 jpj buat undang2 baru.. nak saman 3 kali ganda klu tinted gelap..mohon mencerahan dari pihak saudara..

    Reply
  11. william on 27/12/2019 16:19

    puspakom dgn jpj punya mesin test tak sama ke ?
    tinted cermin tak lulus daripada puspakom, tapi ada warranty card daripada kedai yg megatakan lulus jpj sahaja melainkan puspakom, biasa kes mcm ini mcm mana nak selesai ?
    kat jpj customer boleh request untuk test cermin tak ? thx u

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.