Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: Benarkah Kerap Tukar Jenama Minyak Pelincir Punca Enjin Motor Cepat Rosak?
Autotainment

#FaktaAtauAuta: Benarkah Kerap Tukar Jenama Minyak Pelincir Punca Enjin Motor Cepat Rosak?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGELINTIR pengusaha bengkel motosikal gemar mengesyorkan pengguna mencuba minyak pelincir baharu dengan promosi “minyak ini lebih baik, enjin jadi ringan dan lebih power”.

Ada juga pengguna ikut saja, tetapi pada masa sama, timbul teori mendakwa tindakan kerap menukar jenama minyak enjin berisiko menyebabkan enjin cepat rosak. Benarkah?

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul

Menurut Ketua Bengkel Yamaha Mataram Sakti Motor Setyabudi Semarang, Hari Santoso, tiada fakta jelas mengenai kesan kerap menukar jenama minyak pelincir.

Bagaimanapun, pemilik motosikal perlu sedar setiap jenama minyak pelincir mengandungi kandungan kimia berbeza. Menurutnya, lain jenama minyak pelincir, lain juga perbezaan gred dan kadar kelikatan (viscosity) minyak. Namun, tidak salah jika mahu menukar jenama asalkan spesifikasi digunakan sama atau hampir sama.

Katanya lagi, lebih baik pemilik motosikal tidak menukar jenis minyak pelincir jenis berbeza. Ini kerana kandungan perbezaan bahan kimia dan molekul minyak dikhuatiri mendatangkan masalah.

Tambahnya, ketika menukar minyak pelincir, pemilik dinasihatkan memastikan semua kandungan minyak pelincir lama dikeluarkan sepenuhnya. Sisa minyak lama tidak patut dibiarkan dalam enjin kerana komposisi material minyak adalah berbeza setiap jenama.

Jika tukar jenama, pastikan minyak lama dikeluarkan habis.”

Pemilik juga perlu tahu, di pasaran ada sekurang-kurangnya dua jenis produk minyak pelincir utama, iaitu mineral dan sintetik penuh (fully synthetic).

BUANG MINYAK ENJIN LAMA SEPENUHNYA

Sementara itu, Ketua Bengkel Honda Zirang Motor Semarang, Nurhadi Muslim pula mendakwa kekerapan menukar jenama minyak pelincir memberikan kesan negatif. Ini kerana kandungan dua jenama berbeza dikhuatiri berlaku degradasi kepadamaterial. Sebabnya, sisa minyak dalam enjin boleh bertindak balas menghasilkan deposit.

Justeru jika berlaku campuran spesifikasi minyak pelincir berbeza, ia boleh menyebabkan tindak balas partikel minyak menjadi jelaga atau minyak kotor. Namun, ada beberapa perkara perlu diteliti lebih dahulu sebelum menukar minyak enjin jenama lain.

Minyak pelincir dalam enjin dan tempat takungan perlu dibersihkan kerana sisa yang ada boleh menyebabkan masalah kerak. Gunakan pencuci pelincir untuk proses larutan (dan cucian) sisa minyak lama terlebih dahulu (dan dibuang) supaya tidak tercampur jenama minyak baharu.”

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

SUMBER: Kompas

autoterkini Fakta atau Auta Hari Santoso minyak enjin Minyak Pelincir Nurhadi Muslim roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.