Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Fakta Honda Jazz Sport Hybrid & Jazz 2017 ‘Facelift’ yang Perlu Anda Tahu – Harga Bermula RM74,800
Roda4

Fakta Honda Jazz Sport Hybrid & Jazz 2017 ‘Facelift’ yang Perlu Anda Tahu – Harga Bermula RM74,800

Abang GYLBy Abang GYL29/06/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Jazz Sport HybridHONDA Malaysia terus mengorak langkah agresif dengan memperkenalkan Honda Jazz Sport Hybrid dan Jazz 2017 versi dipertingkat (facelift). Lebih mengujakan, kereta subkompak segmen-B itu dipadankan transmisi klac-dual i-DCD (intelligent Dual-Clutch Drive), sama seperti model domestik Jepun (JDM).

Honda Jazz facelift (2017) ditawarkan dalam tiga varian – 1.5L S, 1.5L E dan 1.5L V (spesifikasi tertinggi), manakala Jazz Sport Hybrid hanya satu varian. Apa yang mengejutkan, Jazz Sport Hybrid adalah satu-satunya model hibrid di Malaysia yang dijual pada harga bawah RM90,000.

BACA >>> 100,000 Unit Jualan Tahun Ini, Apakah Honda Malaysia Bermimpi?

HARGA

  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L S – RM74,800
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L E – RM81,000
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L V – RM88,400
  • Honda Jazz Sport Hybrid 1.5L – RM87,500

* Harga atas jalan, termasuk GST dan insuran.

BACA >>> Honda Civic Hatchback 1.5L Turbo – Kami Mahu Model Ini Masuk Malaysia!!!

HONDA JAZZ SPORT HYBRID 1.5L

Berikut beberapa fakta penting yang perlu anda tahu mengenai Honda Jazz Sport Hybrid;

  • Malaysia ialah negara kedua selepas Jepun yang menawarkan teknologi klac-dual i-DCD Hybrid System.
  • Honda Jazz Sport Hybrid menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD yang dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM), dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV).
  • Unit Kuasa Pintar (IPU) dibangunkan daripada bateri Litium-ion (Li-ion) untuk memberikan prestasi lebih baik dan kedudukan bateri diletakkan di bawah lantai but belakang.
  • Sistem hibrid Honda sebelum ini menggunakan teknologi Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist – IMA).
  • Sistem IPU baharu 50 peratus lebih berkuasa menyimpan tenaga yang membolehkan penggunaan tenaga elektrik lebih lama (lebih 1.5 kali ganda kapasiti tenaga), walaupun saiz bateri 5.6 peratus lebih kecil berbanding sebelumnya.
  • Gabungan kedua-dua sistem (konvensional dan hibrid) membolehkan Honda Jazz Sport Hybrid mencapai kuasa 135hp dan tork 170Nm yang menyamai kuasa enjin 1.8L.
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) turut ditala semula supaya tampil lebih sporty dan selesa dipandu.

BACA >>> 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

HONDA JAZZ 2017 FACELIFT

  • Honda Jazz 1.5L facelift petrol pula menampilkan perubahan seperti gril krom, rekaan bampar depan dan belakang, rim aloi dua-tona, lampu siang (DRL) LED.
  • Dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC dengan transmisi variabel berterusan (CVT).
  • Sistem masukan pintar dan punat penghidup enjin pula didatangkan standard bagi semua varian.
  • Opsyen kerusi semi-kulit dan kamera undur.
  • Dilengkapi ciri keselamatan Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Daki (HSA).
  • Ada opsyen 6-beg udara dan pautan ISOFIX.

BACA >>> Honda CR-V 2017 Kini Dalam Versi Turbo – Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi!

GALERI

Honda Jazz Sport Hybrid
Honda Jazz Sport Hybrid
Harga Honda Jazz 2017 harga Honda Jazz Sport Hybrid Honda Jazz 2017 Honda Jazz 2017 Malaysia Honda Jazz Sport Hybrid Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia Honda Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    25/06/2026

    1 Comment

    1. Razak on 21/12/2017 01:26

      Apakah jenis minyak transmission yg digunakan oleh honda jazz 7 speed model baru. Mana lebih bagus guna minyak perlincir sae 0-20 atau 0-30?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.