Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?
Autotainment

Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI kawalan jelajah (cruise control) sudah diperkenalkan kepada dunia sejak awal abad ke-19. Cara kerja juga masih sama, iaitu mengekalkan halaju kereta dalam apa juga kondisi jalan raya.

Idea dan penciptaan teknologi itu bermula seawal 1948, dicetuskan jurutera dari Amerika Syarikat (AS), Ralph Teetor yang bosan dengan cara rakannya memandu yang sekejap laju dan sekejap perlahan.

Isu yang mahu dibangkitkan dalam artikel ini adalah bolehkah menggunakan ciri kawalan jelajah ketika memandu dalam hujan?

BOLEHKAH GUNA KAWALAN JELAJAH KETIKA HUJAN?

Asasnya, perbuatan mengaktifkan atau menggunakan kawalan jelajah ketika hujan atau jalan licin (termasuk permukaan berais) sebenarnya idea buruk kerana boleh mengundang padah.

Begini, apabila kawalan jelajah mengekalkan halaju konsisten, kereta sebenarnya sedang cuba menangani beberapa situasi seperti melawan tekanan angin, menangani kehilangan kuasa mekanikal transmisi dan trenkuasa, dan mengatasi rintangan golekan tayar serta permukaan jalan berbukit yang memerlukan pemanduan mendaki.

Sebagai makluman, teknologi kawalan jelajah bertindak seperti manusia memijak pedal minyak, iaitu mengekalkan tekanan ke atas pedal minyak. Jika mendaki bukit, lebih banyak kuasa enjin diperlukan. Bayangkan situasi kita menekan pedal minyak rapat ke lantai bagi mendapatkan ekstra kuasa untuk mendaki.

Apabila menuruni bukit (atau jalan cerun), teknologi kawalan jelajah akan mengurangkan daya pecutan hingga sifar. Namun, masalah boleh berlaku jika bukit terlalu curam hingga menyebabkan kelajuan kenderaan meningkat automatik disebabkan faktor fizik (graviti). Jika berlaku, kita perlu memijak brek untuk mengawal kelajuan, sekali gus membatalkan fungsi kawalan jelajah.

Menggunakan kawalan jelajah ketika hujan boleh dikatakan sebagai tidak sesuai dan tidak munasabah.

BAGAIMANAKAH MASALAH BERLAKU?

Jika memandu kereta pacuan roda depan (FWD), kawalan jelajah berfungsi memantau kelajuan tayar belakang untuk pemanduan jalan lurus. Jika tayar depan berpusing lebih pantas, tetapi pusingan tayar belakang pula normal, sistem kawalan jelajah jenis lama mungkin gagal mengesan jenis masalah yang berlaku.

Namun, situasi itu tidak berlaku pada kenderaan moden yang dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS) atau Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

Apabila memandu atas permukaan licin, teknologi kawalan jelajah akan menggunakan daya pecutan untuk membolehkan kereta bergerak di laluan lurus. Jika pecutan melebihi cengkaman tayar, roda boleh berpusing melebihi pusingan sepatutnya. Ini berlaku kerana kereta mengalami situasi aquaplane, iaitu kereta terapung akibat melalui permukaan jalan berais atau lopak air.

Bagi kereta pacuan roda belakang (RWD), situasi aquaplane boleh menyebabkan berlaku masalah belokan lebih (oversteer), iaitu belakang kereta menggelongsor bertentangan pusingan stereng. Misalnya, stereng membelok ke kanan, tetapi tayar belakang terbabas melebihi sudut pusingan sepatutnya.

Kereta FWD pula akan mengalami masalah belokan kurang (understeer), iaitu kereta mungkin membelok sedikit atau tidak walaupun stereng sudah dipusingkan sepenuhnya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tiada masalah menggunakan ciri kawalan jelajah ketika memandu dalam hujan jika kereta memiliki ciri TCS dan ESC. Sebaliknya, jika kereta tiada dua ciri tersebut, lebih baik anda tidak menggunakan kawalan jelajah.

Ini kerana apabila berlaku aquaplane, anda tiada sistem sandaran yang dapat membantu menangani situasi kecemasan apabila kereta hilang kawalan tiba-tiba. Namun, sebagai langkah keselamatan seperti disarankan pengeluar juga, anda sepatutya menangguhkan sekejap menggunakan kawalan jelajah walaupun kereta anda dibekalkan ciri TSC dan ESC.

Bukankah dalam cuaca buruk, anda sepatutnya bergantung penuh kepada kemahiran memandu sendiri?

Maklumat lain tentang ciri kawalan jelajah boleh layari pautan di bawah ini:

BACA >>> Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap
BACA >>> Segala Tentang ‘Cruise Control’ yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?

SUMBER: MockTheoryTest | AutoExpert | DriveCave | Wikipedia | QuoteMaster | RacingJunk |

autotainment Cruise Control Fakta atau Auta Kawalan Jelajah Traction Control Traction Control (TRC) Rain
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.