Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 Mungkin Kembali ke Sepang Tiga atau Lima Tahun Lagi Jika Ada Penaja
Auto Terkini

F1 Mungkin Kembali ke Sepang Tiga atau Lima Tahun Lagi Jika Ada Penaja

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) mungkin kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC)  dalam masa tiga atau lima tahun lagi jika ada pihak korporat yang sanggup menaja kos penganjuran.

Dengan anggaran kos lebih RM200 juta setahun, Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit Malaysia yang tidak stabil berbanding dolar Amerika.

Peminat sukan permotoran pasti menginginkan F1 kembali menggegarkan SIC, tetapi buat masa ini masih kekal sebagai angan-angan berikutan kos penganjuran yang terlalu tinggi.

Kita dari segi jadi tuan rumah tiada masalah, persoalannya siapa yang akan bayar dan adakah kita mampu atau tidak. Saya tidak tahu kosnya sekarang, tetapi pasti lebih tinggi ketika kita berhenti (menganjur) pada 2017.

Menurutnya, F1 kini lebih popular dengan penonton baharu selepas siri Netflix ‘Formula 1: Drive to Survive’ ditayangkan dan banyak negara membida (menganjurkan) perlumbaan itu bagi menonjolkan negara masing-masing.

Malaysia ialah tuan rumah perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum Kerajaan memutuskan tidak lagi menjadi penganjur pada 2017 kerana nilai pulangan merosot.

Mokhzani berkata, walaupun enam tahun tidak menganjurkan perlumbaan tersebut, SIC masih dikenali dalam kalangan peminat dan pelumba F1.

Kita dengar komen daripada pemandu sendiri, iaitu Sepang adalah salah satu trek mencabar yang mereka mahu ada semula dalam kalendar (perlumbaan). Kami mempunyai hubungan yang baik dengan pihak penganjur, kami mengenali mereka sejak 1996 ketika memulakan perbincangan untuk menganjurkan perlumbaan itu, jadi hanya tunggu masa saja,” katanya.

Sementara itu, keutamaan MAM kini adalah menumpukan pembangunan bakat akar umbi dan memastikan semua acara permotoran negara dianjurkan dengan selamat demi memastikan keselamatan pelumba dan penonton.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji usaha itu dan berkata lebih banyak perbincangan perlu dilakukan bersama pihak berkepentingan, industri dan agensi penguatkuasaan untuk mengenakan langkah lebih ketat terhadap penganjur perlumbaan.

Saya sudah bertemu beberapa pemegang taruh untuk sukan permotoran, saya percaya industri ini masih mempunyai banyak potensi dibangunkan. Namun, kita perlu memastikan keselamatan menjadi aspek utama,” kata Hannah kepada pemberita.

BACA >>> Bos MotoGP, F1 Bincang Anjur Perlumbaan Minggu, Lokasi Sama
BACA >>> Litar Sepang (SIC) Tutup Mac Ini untuk Turap Semula Selekoh 7, 8 dan 9

SUMBER: Bernama

F1 Formula One Formula Satu (F1) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) penaja sukan permotoran Suto Terkini
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.