• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Exclusive Manufaktur: Program Khas untuk Pelanggan Porsche Reka Sendiri Kereta Idaman

Exclusive Manufaktur: Program Khas untuk Pelanggan Porsche Reka Sendiri Kereta Idaman

May 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE antara pengeluar yang sentiasa terbuka dengan permintaan pelanggan sejak berdekad lama. Pernah seorang pelanggannya meminta model 356 dipasangkan wiper belakang. 

Kini, pengeluar itu membawa pilihan kustom ke satu tahap baharu apabila memperkenalkan program Exclusive Manufaktur yang membenarkan pelanggan bekerja secara terus dengan jurutera dan pereka untuk menghasilkan kereta unik berasaskan model sedia ada. 

Pembeli digalakkan menyertai program itu jika tidak dapat membina kereta Porsche idaman mereka menggunakan konfigurator atas talian. Caranya, pemilik perlu menghubungi wakil program Exclusive Manufaktur di Zuffenhausen, Jerman atau mana-mana cawangan antarabangsa di bandar lain. 

Kemudian, projek tersebut akan dinilai dengan memberikan jangkaan kos dan masa memenuhi permintaan berkenaan yang boleh mengambil masa setahun, manakala kos mencecah hingga enam angka bergantung modifikasi diminta.

Ada lebih 200,000 pilihan material ditawarkan.

Proses pembuatan bermula selepas pelanggan memberikan lampu hijau kepada Porsche. Pembeli juga digalakkan menyertai setiap proses pembuatan dengan memberikan pendapat sendiri apabila diperlukan. Ini cara Porsche memastikan produk akhir sama seperti apa dibayangkan pelanggan. 

Program itu juga menerima permintaan restorasi kereta sedia ada walaupun bukan model klasik. Jika pembeli terlepas peluang memiliki model terdahulu, mereka boleh cari semula unit terpakai itu dan membina semula mengikut spesifikasi diingini. 

Porsche akan menerima antara tiga dan lima permintaan tahun ini yang mana beberapa slot sudah pun diisi serta dijangka siap penghujung 2021. 

BACA >>> Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!
BACA >>> Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!

SUMBER: Autoblog.com

Artikel Berkaitan

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, custom, exclusive manufaktur, kustom, Porsche

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my