Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 1]: Generasi Pertama (2008-11)
Roda2

Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 1]: Generasi Pertama (2008-11)

ZYBy ZY16/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUJUNG Julai lalu menandakan kemunculan semula sportbike kelas 150cc Yamaha di arena permotoran tempatan sejak TZM 150, jentera sport 2 lejang 150cc ditamatkan pengeluaran kira-kira dua dekad lalu.

Namun, jika anda sangka sepanjang hampir 20 tahun lalu Yamaha mengabaikan pasaran sportbike kelas 150cc, anda salah kerana Yamaha sudah pun memperkenalkan sportbike 150cc sejak 10 tahun lalu.

FZ150i? Bukan.

Benar, FZ150i juga dilancarkan 10 tahun lalu, tetapi apa yang kita terima di pasaran tempatan cuma streetbike naked yang  ditelanjangkan daripada jentera yang lebih berkuasa. Ini dapat dilihat dengan kehadiran frem Deltabox, kerangka twin-spar yang sebelum itu cuma ada pada jentera Yamaha berkuasa tinggi dan ruang enjin yang tampak ‘kosong’, agak janggal memandangkan jurutera Yamaha begitu mementingkan rekabentuk.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Kejanggalan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat Yamaha. Jadi tidak lama selepas dilancarkan, bocorlah rahsia bahawa FZ150i yang ada di pasaran Malaysia rupa-rupanya berasaskan model YZF-R15; sportbike 4 lejang 150cc sulung daripada Yamaha Motor Corporation yang ketika itu cuma dilancarkan untuk pasaran India.

Bagi kebanyakan peminat motosikal tempatan, Yamaha R15 ialah anomali atau kepelikan. Tidak munasabah sebuah jentera sukan bergaya digandingkan dengan enjin 150cc 4 lejang yang cuma layak dipasangkan pada kapcai.

Tetapi tidak bagi peminat dan penunggang motosikal India. Mereka mahukan motosikal yang ada gaya, dan kuasa yang cukup untuk meredah jalan raya di sana (yang kita tahu kondisinya sangat teruk berbanding Malaysia). Tetapi pada masa sama mereka juga mahukan harga yang masih mampu milik. Anda boleh lihat penilaian ini turut diterapkan jentera pesaing, Bajaj Pulsar atau nama lainnya di Malaysia, Modenas Pulsar sekarang.

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

Berbalik Yamaha YZF-R15 yang baru dilancarkan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), model itu ialah R15 versi ketiga sejak mula dilancarkan di India 10 tahun lalu. Bagaimanakah sportbike 150cc Yamaha ini berevolusi sepanjang 10 tahun di pasaran luar sana? Sila duduk dan teruskan membaca!

1. YAMAHA YZF-R15 GENERASI 1 (2008-2011)


Yamaha R15 generasi pertama ini mempunyai sangat banyak persamaan dengan FZ150i generasi pertama. Ini jelas dilihat daripada bahagian tengah hingga belakang FZ150i yang mengekalkan hampir keseluruhan rekabentuk R15. Sedikit perbezaan yang mudah dikenal pasti ialah brek. R15 menggunakan brek cakera belakang, berbanding brek dram pada FZ150i. Selain itu cuma sedikit saja perbezaan kosmetik.

Rupa depan ialah bahagian yang menampilkan perbezaan signifikan. R15 menampilkan rekabentuk ala superbike YZF-R1 (2002) dengan lampu depan berkembar dan fairing kepala yang agak lebar berbanding bentuk badan. Jika melihat jentera ini menerusi cermin pandang belakang, pasti ramai menyangka diekori superbike popular Yamaha itu.

Dari belakang, hampir sama dengan FZ150i generasi pertama

Walaupun menggunakan enjin 150cc yang sama dengan FZ150i, sejak mula lagi enjin R15 lebih berkuasa dengan tenaga puncak, 16.8hp dicapai pada 8,500rpm dengan tork 15Nm @ 7,500rpm. Kuasa seterusnya dihantar ke roda belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan (FZ150i cuma 5-kelajuan).

R15 generasi pertama menerima kritikan peminat dan penunggang di India yang mendakwa rekabentuk jentera itu tidak seimbang, sporty di depan tetapi hambar di belakang dengan pelana tunggal dan pengadang air besar. Jadi, generasi kedua dilancarkan tidak lama kemudian pada 2011 dengan rekabentuk yang boleh dikatakan sangat berjiwa perlumbaan.

Kita akan bersambung pada siri seterusnya. Tungguuu…

SPESIFIKASI YAMAHA R15 v1.0

JENIS ENJIN: Silinder tunggal, 4 lejang, 149.8cc SOHC, penyejukan cecair
GEREK x LEJANG: 57 x 58.7 mm
NISBAH MAMPATAN: 10.4:1
SISTEM BAHAN API: Petrol, Suntikan Bahanapi (Fi)
PELINCIRAN: Takungan Basah
TRANSMISI: Sirat malar; 6-kelajuan
PACUAN AKHIR: Rantai
SUSPENSI: Teleskopik (depan) : Linked-Type Monoshock (belakang)
BREK: Cakera Tunggal (depan); Cakera tunggal (belakang)
TAYAR: 80/90 – 17 (depan); 100/80 – 17 (belakang)
PANJANG x LEBAR x TINGGI : 1,995 x 670 x 1,700mm
TINGGI PELANA: 790mm
JARAK RODA: 1,290mm
BERAT (BASAH) : 131kg
KAPASITI PETROL: 12 liter
KAPASITI MINYAK ENJIN: 1 liter
EKONOMI BAHAN API: 40km/liter (purata)
KELAJUAN MAKSIMUM: 130kmj
HARGA: INR 97,000 (RM5,700)
TAHUN KELUARAN: 2008 (India)

GALERI
Hong Leong Yamaha Malaysia roda2 sejarah yamaha r15 sportbike yamaha 150cc Yamaha FZ150i yamaha india Yamaha R15 yamaha r15 2008 yamaha r15 v1 yamaha sport 150
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026
Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.