Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»EV Hiper Tempahan Khas Pertama Dunia, Pininfarina Battista Targamerica 2025 Versi Tanpa Bumbung
Roda4

EV Hiper Tempahan Khas Pertama Dunia, Pininfarina Battista Targamerica 2025 Versi Tanpa Bumbung

Abang HirataBy Abang Hirata19/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA kebiasaan kereta eksotik prestasi, model tanpa bumbung atau spyder akan menyusul beberapa ketika selepas pengenalan model bumbung biasa.

Jika tidak mahu menunggu, tempah terus seperti Automobili Pininfarina Battista Targamerica 2025 ini yang juga kereta hiper elektrik buatan khas pertama dunia diserahkan kepada pelanggan.

Menariknya, pemilik model ini adalah seorang pengumpul kereta terkenal yang juga sudah sedia memiliki Battista. Jadi beliau kini sudah memiliki dua Battista dalam versi bumbung biasa dan tanpa bumbung. Walaupun menyerlah tanpa bumbung, Battista Targamerica hadir dalam warna tenang, iaitu perak dan jaluran biru.

Projek kereta ini mengambil masa setahun disiapkan dengan mendapat kerja tangan pasukan artis di pusat pengeluaran Automobili Pininfarina di Cambiano, Itali. Hadir tanpa bumbung juga bermakna kerja kejuruteraan perlu dibuat semula pada badan kereta.

Banyak perincian Battista Targamerica diilhamkan daripada antara kereta one-off terkenal dihasilkan Pininfarina, iaitu Ferrari Testarossa Spider 1986 (foto atas). Testarossa itu dibuat untuk Gianni Agnelli sempena ulang tahun ke-20 beliau sebagai Pengerusi Fiat.

Warna perak dan jaluran biru serta perincian hitam Battista Targamerica datang daripada Testarossa Spider, begitu juga garisan melintang pada bukaan ruang but belakang.

Corak rim ala bintang juga seperti Testarossa. Ferrari Testarossa sememangnya kereta yang cantik dengan rekabentuk tidak agresif dan perincian seperti stril sisi badan menaikkan tarikan.

Warna perak digunakan dipanggil Argento Liquido Gloss dan biru untuk Iconica Blu Gloss. Warna perak pada Testarossa Spider seakan antidot kepada Testarossa merah. Malah, Testarossa juga menjadi objek popular untuk dijadikan poster yang ditampal di bilik tidur atau ruang kediaman.

Selain rekabentuk, nama kereta membawa maksud tersurat, iaitu kerjasama antara pelanggan dan pasukan pereka serta merujuk kepada gaya badan tanpa bumbung dan negara pangkalan kereta ini.

Kerusi kereta dan beberapa lagi bahagian dalaman dibalut kulit perang yang berlawanan stereng dan papan pemuka dalam balutan kulit hitam. Bukan hanya kereta, pemilik juga boleh menyimpan pakaian dan barangan dalam set bagasi dengan kulit perang sama.

Berikut spesidikasi Battista Targamerica:

  • Sama seperti Battista berbumbung, dijana empat motor elektrik independen dengan bateri litium 120kWj
  • Output kuasa 1,900hp dan tork 2,340Nm
  • Pecutan 0-100kmj bawah 2 saat
  • Kelajuan maksimum lebih 300kmj
Automobili Pininfarina Automobili Pininfarina Battista Automobili Pininfarina Battista Targamerica Pininfarina Battista Pininfarina Battista Targamerica Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.