• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / ETCM Tawar Pakej Aksesori, Rebat Cukai untuk Pemilik Nissan Baharu

ETCM Tawar Pakej Aksesori, Rebat Cukai untuk Pemilik Nissan Baharu

February 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WAKIL pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan tawaran pakej promosi istimewa 'Fall In Love At First Deal', termasuk diskaun penjimatan hingga RM10,500!

Promosi menarik itu khas untuk beberapa model popular Nissan. Berikut perinciannya:

BACA >>> Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO
BACA >>> LEGO Nissan Skyline GT-R (R34) Dipandu Brian O’Conner di Pasaran 1 Januari 2023

PAKEJ AKSESORI NISSAN X-TRAIL BLACK EDITION

kempen nissan valentine 2023 - 0 copy
tan-chong-group-logo

Pelanggan boleh menaik taraf rupa kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dengan aksesori baharu Black Edition yang terdiri daripada:

  • Gril depan hitam
  • Kit Aero TOMEI hitam
  • Rim aloi 17 inci hitam kilat
  • Upholsteri menggunakan material Nappa (kerusi kulit, dan papan pemuka kulit tiruan)
  • Pad lutut
  • Filem gelap Ice Cool Tinting

Pelanggan perlu membuat tambahan bayaran RM1,000 untuk mendapatkan pakej tersebut, sekali gus menikmati penjimatan hingga RM10,500!

Selain itu, mana-mana pelanggan yang membeli Nissan X-Trail bulan ini layak menerima bayaran ansurans khas  RM1,318 sebulan, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> #PanduUji: Nissan X-Trail (2019) - 2.0L 2WD Hybrid vs 2.5L 4WD, Mana Satu Jadi Pilihan?

REBAT CUKAI 100% UNTUK NISSAN SERENA

Pembeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena pula boleh menikmati rebat cukai jualan 100 peratus.

Malah jika membuat tambahan RM1,000, pelanggan MPV itu akan menerima ketusi material kulit tiruan untuk semua barisan tempat duduk, dan filem gelap Ice Cool Tinting.

BACA >>> 5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Nissan Serena S-Hybrid (2022)

PROMOSI EKSTRA NISSAN NAVARA, ALMERA

Peminat trak pikap Nissan Navara boleh berjimat hingga RM9,950 untuk pakej Protection dengan bayaran tambahan RM1,000.

Pembeli sedan Nissan Almera pula layak menerima pakej Aero TOMEI dengan penjimatan RM7,000 daripada harga asal melalui pembayaran RM1,000.

Semua bilik pameran rasmi Nissan menawarkan sesi pandu uji pelbagai model Nissan sepanjang tempoh promosi. Peserta pandu uji akan menerima baucar Watsons bernilai RM20.

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara (2021) Memang Betul-Betul 'Mother Trucker'!
BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama

nissan promo CGM 2023 rev
kempen nissan valentine 2023 - 3
kempen nissan valentine 2023 - 2
kempen nissan valentine 2023 - 1
kempen nissan valentine 2023 - 0

Artikel Berkaitan

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: autoterkini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), ETCM, Nissan, Nissan Almera TOMEI, Nissan Fall In Love At First Deal, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my