• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Emira (2022) - Kereta Petrol Terakhir Lotus Lancar 6 Julai Ini

Emira (2022) - Kereta Petrol Terakhir Lotus Lancar 6 Julai Ini

April 28, 2021 By Arif Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LOTUS akan mengeluarkan kereta sports dengan enjin pembakaran dalaman terakhir pada 6 Julai ini yang sebelum ini dikenali sebagai Type 131, dan kini diberikan nama Emira (2022). 

Emira membawa maksud komander dalam beberapa bahasa kuno dan direka dengan mengambil ilham daripada model Esprit serta bakal diperkenalkan bersama hypercar elektrik, Evija.

Tiada banyak maklumat didedahkan Lotus mengenai Emira (2022), tetapi ada ura-ura mengatakan model tersebut ditawarkan dalam dua pilihan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo dan V6 3.5L supercas seperti digunakan Evora. 

Emira (2022) akan dibina berasaskan platform Sports Car daripada Lotus, dibuat daripada aluminium ringan. Pembinaan model enjin pembakaran dalaman terakhir itu adalah permulaan Lotus dalam menghasilkan model sports hibrid dan elektrik masa depan.

Langkah pengeluaran kereta elektrik akan dimulakan menerusi model Evija (foto atas) yang dibina berasaskan platform hypercar terbaharu Lotus. 

Pengeluar asal Britain yang kini dimiliki gergasi automotif China, Geely itu juga memiliki juga satu lagi platform baharu, diberikan nama arkitektur Premium (juga dipanggil Evolution) yang dikhaskan untuk kenderaan harian dan untuk dijual dalam kuantiti tinggi seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Lotus. 

Walaupun pembinaan platform tersebut diterajui Britain, tetapi kebanyakan proses pembuatan kereta dibuat di kilang baharu Lotus di Wuhan, China.

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> Lotus Elise Classic Heritage Editions Sempena Tribut Kejayaan Arena Lumba

SUMBER: AutoCar.co.uk

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: emira, esprit, EV, evija, Geely, hypercar, Kereta Sports, Lotus, Lotus Emira (2022), Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my