Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2017: KTM 790 Duke (2018) – Streetfighter Dwi-Silinder Debut di Milan
Roda2

#EICMA2017: KTM 790 Duke (2018) – Streetfighter Dwi-Silinder Debut di Milan

ZYBy ZY08/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI berita gembira untuk peminat motosikal KTM yang mungkin sudah bosan menunggang jentera satu silinder, tetapi kurang mampu menaik taraf kepada SuperDuke 1290. KTM 790 Duke, streetfighter 2-silinder sebaris sulung keluaran dari Austria itu kini sah diperkenalkan di Milan, Itali semalam untuk pasaran antarabangsa tahun hadapan.

Diberi kod nama LC8c, enjin dwi-silinder sebaris 799cc itu dikatakan mampu menghambur kuasa setinggi 103hp pada 9,000rpm, dan tork 86Nm (8,000rpm). Dengan berat kering 168kg (anggaran 188kg berat basah), cukup meletakkan 790 Duke setanding jentera streetfighter kategori middleweight lain seperti Kawasaki Z800 dan Triumph Street Triple.

KTM 790 DUKE - The most precise street weapon | KTM

Seperti mana-mana jentera KTM terdahulu, 790 Duke dilengkapi suspensi terbalik (USD) daripada WP di depan dengan monoshock boleh laras di belakang. Ini ditambah ciri cornering ABS dan kawalan traksi peka sudut miring (lean-sensitive traction control) dengan menjanjikan prestasi tunggangan hebat di selekoh yang sukar dicabar pesaing lain dalam kategori sama. Memang sesuai dengan gelarannnya, ‘The Scalpe’!

BACA >>> KTM 1290 Super Duke GT – Jentera Pengembaraan

790 Duke turut didatangkan dengan teknologi canggih seperti kawalan luncur, Quick Shifter, mod ABS Supermoto dan paparan instrument LCD TFT berwarna yang kini dijadikan pakej standard bagi sesebuah jentera jalanan.

Perincian harga masih menjadi persoalan, tetapi berdasarkan ura-ura diterima, pelancaran rasmi dijangka dibuat sekitar musim luruh atau seawal Oktober tahun depan. Jika berminat, anda mungkin masih sempat mula menabung sekarang. 🙂

GALERI

EICMA EICMA 2017 KTM ktm 790 duke KTM Super Duke R motosikal Pamera Motor Milan (EICMA) 2017 roda2 streetfighter
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.