Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini
Roda2

#EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/20165 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ktm-390-duke
KTM 390 Duke serba baharu tampil dengan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah desain badan, di mana wajah motosikal itu kini mirip abang besarnya, 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan mengalami perubahan total yang kini diasingkan kepada dua.

Debut model buatan pengeluar motosikal Austria itu didedahkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) dekat Milan, Itali. Awalnya penulis menunggu kemunculan model KTM 200cc serba baharu dan nampaknya bukan untuk masa ini.

Perubahan paling besar adalah pada bahagian frem yang dilakukan bagi menambah baik pengendalian prestasi KTM 390 Duke. Malah, motosikal naked tersebut lebih ringan 10kg dengan berat keseluruhan 149kg berbanding model terdahulu.

DIMENSI KESELESAAN DIPERTINGKAT

Sudut condong hendal ditingkatkan kepada 66°, manakala jarak roda dipendekkan 10mm menjadi 1, 357mm. Kestabilan dimensi kelegaan tanah ditinggikan sebanyak 15mm (185mm). Tunggangan pula jadi lebih selesa dengan penggunaan suspensi WP fork USD yang kini menggunakan teknologi kartrij-terbuka dan suspensi jelajah yang ditingkatkan kepada 150mm.

Tangki bahan api lebih besar berkapasiti 13.4 liter dengan pertambahan 2.4L memberikan anda tempoh masa lama untuk pergi lebih jauh. KTM 390 Duke turut menerima penambahbaikan brek menerusi penggunaan saiz brek cakera depan 320mm dan belakang 230mm. Tidak cuup dengan itu, ketinggian pelana ditingkatkan 30mm menjadi 830mm.

Salah satu ciri paling menarik KTM 390 Duke baharu ini ialah kehadiran skrin TFT berwarna yang didatangkan dengan paparan multimedia MyRide. Ya, anda kini boleh menyambung telefon pintar dengan motosikal ini!

Bahagian enjin masih kekal sama tanpa sebarang perubahan. Enjin 373cc silinder tunggal mampu menghasilkan kuasa setinggi 44hp dan tork 37Nm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Ciri lain yang didatangkan standard termasuk Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dan teknologi Ride-By-Wire yang mengawal pelbagai ciri keselamatan motosikal moden hari ini seperti Kawalan Traksi, Kawalan Jelajah dan mod kuasa. Malah enjin KTM 390 Duke mematuhi piawaian emisi Eropah, Euro4.

GALERI

KTM 390 Duke
KTM 390 Duke 2017

 

Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.