• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2016: Kawasaki Versys-X 300 Buat Penunggang 'Beginner'

#EICMA2016: Kawasaki Versys-X 300 Buat Penunggang 'Beginner'

November 20, 2016 By Admin PanduLaju 1 Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kawasaki-versys-x-300-bg
KAWASAKI Versys bakal menerima kedatangan ahli baru, tahun hadapan yang didatangkan dengan enjin bersesaran lebih kecil. Motosikal itu, yang diberikan nama Kawasaki Versys-X 300, dibangunkan dengan casis dan badan baharu hasil gabungan Ninja 300 dan Versys 650.

Motosikal kembara itu dilengkapi enjin kembar selari (parallel twin) 296cc, dan ditala bagi mendapatkan kuasa output pada nisbah rendah dan pertengahan. Kawasaki turut melengkapkan Versys-X 300 dengan bantuan dan pembabas (slipper) klac bagi memudahkan tarikan tuil.

TUNGGANGAN LEBIH SELESA

Keselesaan tunggangan Kawasaki Versys-X 300 diserahkan kepada suspensi fork teleskopik 41mm di depan dan monoshock Uni-Trak di belakang. Bahagian roda memilih rim bersaiz 19-inci di depan dan 17-inci di belakang. Hendal lebar memudahkan pengendalian, manakala posisi tunggangan menegak tidak terjejas menerusi kehadiran skrin pengadang angin yang semestinya menjanjikan pengalaman tunggangan selesa.

Paparan meter masih lagi mengekalkan gaya Kawasaki dengan gabungan informasi digital dan analog seperti indikator baki minyak dan penggunaan bahan api, termasuk indikator gear. Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, menurut Kawasaki, ketinggian pelana adalah rendah dan kapasiti tangki mampu menakung 17 liter minyak.

Kawasaki Versys-X 300 menampilkan dua varian, Urban dan Adventure. Urban menawarkan ciri pelindung tangan, pad tangki, tongkat tengah dan kotak belakang 30 liter. Adventure pula menampilkan tongkat tengah, pad tangki, pelindung tubular enjin dan panier atau beg sisi 17 liter. Selain Kawasaki Versys-X 300, pengeluar motosikal dari Jepun itu turut mendedahkan model Z650 dan Z900.

GALERI

SUMBER: Cycleworld.com

 

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: entry level bike, Kawasaki, Kawasaki Versys-X 300, motosikal, motosikal beginner, motosikal entry level, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my