Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA: Yamaha MT-09 SP, MT-07 (2018) Perhalusi Pengendalian, Rekaan Agresif
Roda2

#EICMA: Yamaha MT-09 SP, MT-07 (2018) Perhalusi Pengendalian, Rekaan Agresif

ZYBy ZY07/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL terbaharu musim 2018, jentera bernadi 3-silinder pilihan rakyat Malaysia, Yamaha MT-09 bakal menerima versi SP (Sports Performance) seperti hyper naked Yamaha MT-10 SP yang dilancarkan tahun lalu, manakala Yamaha MT-07 tampil lebih agresif.

Diperkenalkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 yang sedang berlangsung hingga 12 November ini, versi SP untuk MT-09 tidaklah seeksotik MT-10 SP yang dilengkapi suspensi aktif daripada Öhlins. Namun, beberapa penaiktarafan diperkenalkan bukan calang-calang, termasuk MT-07 juga.

YAMAHA MT-09 SP (2018)

Masih mengekalkan enjin 3-silinder sebaris 850cc berkuasa 115hp yang pastinya sudah cukup nikmat untuk sebuah jentera sports-naked. MT-09 SP turut didatangkan dengan suspensi belakang boleh-laras daripada Öhlins dengan alat kawalan jauh. Suspensi depan pula dinaik taraf kepada unit boleh laras dengan pilihan talaan rebound dan peredaman mampatan.

BACA >>> Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Malaysia – Harga Turun RM7,900

Spesifikasi teknikal lain yang dibawa daripada versi MT-09 (2017) adalah seperti ciri Quick Shift, klac Bantuan dan Gelincir (Assist and Slipper), mod tunggangan boleh laras D-MODE, lampu depan kembar agresif, dan kawalan traksi (TCS) boleh laras, termasuk pemegang nombor plat pada lengan ayun.

MT-09 SP menampilkan rekaan grafik unik dengan skema warna Silver Blu Carbon (perak-biru) seperti abangnya, MT-10 SP dan hendal serta panel instrumen hitam yang lagak seperti jentera perlumbaan. MT-09 SP turut dihiasi trim biru pada pelana untuk memberikan imej lebih premium daripada versi asal selain rim sport biru dengan grafik SP.

YAMAHA MT-07 (2018)

Penaiktarafan versi terbaharu MT-07 menumpukan kepada rekabentuk yang selari dengan penaiktarafan MT-09 (2017).

BACA >>> Mana Lebih Menarik? Yamaha MT-07 Tawar Dua Warna Baharu

Masih mengekalkan lampu depan tunggal, rekaan perumah lampu diberikan perincian lebih agresif dengan lampu signal dipindahkan ke sisi radiator. Skup udara tampil lebih tajam ke hadapan. Dari sisi belakang, rekaan pelana diberikan sedikit perubahan untuk posisi tunggangan lebih baik, manakala lampu belakang menggunakan rekaan lampu MT-09.

Tiada perubahan pada kuasa, tetapi prestasi pengendalian dipertingkatkan sedikit dengan talaan pada fork depan dan suspensi belakang dengan pelaras rebound damping yang memang memberikan prestasi kendalian lebih agresif.

EICMA EICMA 2017 pameran motor milan Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 roda2 Yamaha MT-07 yamaha mt-09 yamaha mt-09 sp yamaha mt-10 sp
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.