Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati XDiavel V4 2025: Cruiser Buat Mereka yang Masih Gilakan Kelajuan
Roda2

Ducati XDiavel V4 2025: Cruiser Buat Mereka yang Masih Gilakan Kelajuan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati XDiavel V4 2025

DUCATI terkenal sebagai jenama prestasi tinggi dengan reputasi gah di Kejuaraan Dunia MotoGP dan Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK). Namun model XDiavel V4 2025 membuktikan Ducati juga boleh menghasilkan model cruiser yang santai, selesa dan pada masa sama, sangat berkuasa.

Sebagai evolusi kepada Ducati XDiavel asal yang diperkenalkan pada 2016, versi V4 kali ini tampil dengan pakej lebih moden, lebih responsif dan jauh lebih menyeronokkan untuk ditunggang.

Enjin V4 Granturismo: Kuasa dan Keselesaan

Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025

Dijana enjin 1,158cc V4 Granturismo, Ducait XDiavel V4 menghasilkan 166hp @ 10,750rpm dan tork 126Nm @ 7,500rpm. Walaupun angka ini sedikit rendah berbanding Panigale atau Streetfighter, tetapi cukup untuk menggerakkan cruiser seberat hampir 250kg dengan mudah.

Enjin itu menggunakan konfigurasi corak nyalaan tidak sekata (Twin Pulse firing order) yang memberikan karekter tersendiri pada bunyi dan prestasi, terutama pada rev rendah. Tetapan 2-silinder belakang juga akan dinyah aktif automatik ketika lahu untuk menjimatkan bahan api dan mengurangkan haba.

Pakej Ergonomik Ala Chopper

Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025

Ducati XDiavel mengekalkan posisi tunggangan ala cruiser dengan platform kaki di depan dan tinggi pelana 770mm, sesuai untuk penunggang pelbagai ketinggian. Pelana lebar dan empuk memberi keselesaan maksimum, walaupun untuk perjalanan jauh.

Walaupun posisi kaki ke depan bukan gaya terbaik untuk selekoh agresif, tetapi Ducati berjaya mengimbangi faktor itu dengan bar hendal lebar, tayar belakang 240mm yang direka khas, dan aci engkol (crankshaft) berputar songsang yang mengurangkan kesan giroskop.

Teknologi Moden dalam Pakej Cruiser

Selain rekabentuk maskular dan agresif, Ducati turut melengkapi XDiavel V4 dengan teknologi moden seperti:

  • Ducati Quick Shift 2.0 untuk anjakan gear tanpa klac
  • Kawalan Jelajah dan Kawalan Luncur
  • Panel meter TFT 6.9 inci dengan kawalan menu melalui suis di hendal kiri
  • Mod tunggang: Sport, Touring, Urban, dan Wet
  • Sistem keselamatan lengkap ABS Belok, Kawalan Traksi dan Kawalan Wheelie

Rekabentuk Premium, Harga Premium

Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025

Dari sudut rekabentuk, Ducati XDiavel V4 2025 memang menawan dari setiap sudut pandang. Tangki minyak yang tampak lebar dan berotot, pelana apung di atas swingarm sebelah, dan empat muncung ekzos menjadikan model itu antara cruiser paling bergaya di pasaran.

Hargam model ini bermula sekitar AS$30,290 (RM128,430), dengan tambahan warna khas Black Lava (hitam). Memang mahal sebab Ducati bukan untuk semua orang, tetapi kepada mereka yang menghargai gaya, kuasa dan prestij dalam satu pakej.

Cruiser Bukan Lagi Perlahan

Ducati XDiavel V4 2025

Ducati XDiavel V4 2025 membuktikan cruiser moden boleh direka untuk kelaju, berteknologi tinggi dan kekal selesa. Kepada penunggang yang mahukan sesuatu yang lebih berkuasa daripada cruiser biasa dan tidak mahu meninggalkan gaya santai, inilah motosikal yang patut dipertimbang.

SUMBER: CarAndDriver

Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
Ducati XDiavel V4 2025
cruiser Ducati Ducati Cruiser Ducati XDiavel V4 (2025) roda2
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.