Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Supersport & Supersport S (937cc, 113hp) Kini di Malaysia – Harga Bermula RM80,899
Roda2

Ducati Supersport & Supersport S (937cc, 113hp) Kini di Malaysia – Harga Bermula RM80,899

Abang GYLBy Abang GYL20/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NEXT Bike Sdn Bhd baru saja memperkenalkan dua motosikal baharu yang dinanti ramai, Ducati Supersport dan Supersport S. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu dijual pada harga bermula RM80,899 hingga RM88,899.

HARGA

  • Ducati Supersport – RM80,899 (varian asas)
  • Ducati Supersport S – RM88,899 (spesifikasi tertinggi)

* Harga atas jalan termasuk GST.

APA BEZA ANTARA SUPERSPORT & SUPERSPORT S

Dengan perbezaaan sebanyak RM8,000, Ducati Supersport S didatangkan dengan suspensi USD bersama monoshock Ohlins boleh laras dengan ciri anjakan transmisi Ducati Quick Shift (DQS). Varian asas (Supersport) pula dipadankan suspensi USD Marzocchi dan monoshock Sachs.

ENJIN 937CC

Ducati Supersport dan Supersport S dijana unit enjin yang sama iaitu 937cc Testastretta yang turut diguna pakai pada Ducati Hypermotard 939. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 113hp pada 9,000rpm bersama tork puncak 96.7Nm (6,500rpm).

Bagi tunggangan lebih menyeronokkan, kedua-dua model ini menawarkan tiga opsyen iaitu Sport, Touring dan Urban.

BACA >>> Ducati Malaysia Mengganas – Bakal Lancar 6 Model Sepanjang 2017

REKAAN SEAKAN ‘BABY PANIGALE’

Dari segi rekabentuk, kedua-dua model itu tampak seakan ‘baby Panigale’ tetapi kedudukan posisi pelana yang sesuai buat mereka yang bertubuh rendah. Berita baik juga buat penunggang wanita! Lebih tampak garang, ruangan roda dipadankan dengan rim dan tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 manakala 180/55 R17 pada bahagian belakang.

Lebih menarik, jika anda menempah mana-mana varian Ducati Supersport daripada Ducati Penang, anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM3,800, iaitu:

  • Helmet Ducati Suomy.
  • Visor helmet jenis smoked.
  • Jaket haze Alpinestars.
  • Sarung tangan Spartan Alpinestars.

Ingat, promosi ini hanya sah sepanjang Oktober 2017 sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini. Memang berbaloi-baloi!

GALERI

Ducati supersport s Malaysia
Ducati Malaysia Ducati penang Ducati SuperSport Ducati SuperSport S Ducati SuperSport S Malaysia Enjin Ducati Supersport S Harga Ducati SuperSport Harga Ducati SuperSport S Next Bike Sdn Bhd
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.