• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Perkenal Skuter Elektrik Pertama Guna Produk Buatan China

Ducati Perkenal Skuter Elektrik Pertama Guna Produk Buatan China

May 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

555
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali membuat kenyataan tentang rancangan pengeluar motosikal dari Itali itu untuk menghasilkan model elektrik.

Nampaknya Ducati benar-benar serius, tetapi debut motosikal elektrik ini bukan dihasilkan sendiri. Sebaliknya menggunakan produk buatan pengeluar skuter dan basikal dari China, Vmoto, yang juga syarikat induk kepada jenama motosikal dari Negara Tembok Besar itu, Super Soco.

BACA >>> Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

MOTOR CHINA, GUNA NAMA DUCATI

Apa dilakukan ialah menukar model skuter Super Soco sedia ada, CUx kepada Ducati, dan diberikan nama baharu, CUx Special Edition Ducati.  Model ini dipacu bateri litium-ion 60V/32Ah dengan motor Bosch 2,700 watt yang mampu dicas penuh sepantas 3.5 jam sahaja dengan jarak tunggangan sejauh 75km.

Bateri juga boleh ditanggalkan untuk dicas di rumah. Menurut Vmoto, bateri CUx Special Edition Ducati menggunakan teknologi sama seperti Tesla Model S.

Ciri lain CUx Special Edition Ducati ialah pilihan mod tunggangan, kunci kawalan jauh untuk akses ruang simpanan bawah pelana, lampu LED, kamera hadap depan terbina dalam, dan beberapa ciri teknologi tinggi lain. Dalam famili CUx, model ini ialah versi paling premium dengan harga mewah.

Tiada spesifikasi prestasi didedahkan, tetapi dijangka tidak jauh berbeza dengan trenkuasa CUx (2019), berkuasa 3.75hp dengan pecutan maksimum 45kmj.

Dalam projek ini, Ducati memainkan peranan dalam aspek pemasaran dan penjenamaan model. Skuter elektrik ini akan dijual di rangkaian pengedar dan peruncit Vmoto sedia ada, jadi jangan pula mengharapkan ia akan berada di bilik pameran Ducati.

Vmoto juga mensasarkan menembusi pasaran Eropah menerusi CUx Special Edition Ducati.

BACA >>> Ducati Scrambler Full Throttle (2019) Kini Tampil Rekabentuk Lebih Kemas

Sementera itu, Volkswagen Group, yang juga syarikat induk Ducati, memiliki misi menghasilkan produk EV untuk semua subsidiari di bawahnya menjelang 2030. Jadi model elektrik yang mendapat sentuhan sebenar Ducati dijangka muncul sedekad lagi. Adakah model konsep akan ditayangkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 nanti?

555
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: China, Claudio Domenicali, CUx Special Edition Ducati, Ducati, EV, Kenderaan Elektrik (EV), roda2, skuter elektrik, Super Soco, Vmoto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my