Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Formula 73 2026

DUCATI memperkenalkan Ducati Formula 73 2026, iaitu cafe racer edisi terhad yang dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-100.

Cafe racer itu adalah tribut kepada model ikonik Ducati 750 Super Sport Desmo yang pernah mencatatkan sejarah besar dalam dunia perlumbaan motosikal berasaskan pengeluaran.

Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026

Ducati Formula 73 dibangunkan dengan menggabungkan teknologi terkini bersama pesona asli jentera klasik bagi menarik minat peminat motosikal yang menghargai rekabentuk malar segar.

Inspirasi Sejarah, Kejayaan Imola

Bruno Spaggiari

Kelahiran Ducati Formula 73 diilhamkan daripada kejayaan model Ducati Super Sport yang menjadi replika kepada jentera Ducati 750 Imola Desmo.

Pada 1972, pelumba Paul Smart (foto atas kiri) dan Bruno Spaggiari memenangi perlumbaan Imola 200 (juga dipanggil 200 Miglia) di Imola yang menjadi titik-tolak kepada dominasi Ducati dalam perlumbaan superbike sehingga kini.

Model asal Ducati 750 Super Sport Desmo juga memegang status sebagai motosikal jalanan Ducati pertama menggunakan sistem pemasaan injap desmodromik.

Elemen gaya hidup 1970-an yang penuh kreativiti dan pembaharuan budaya turut menjadi asas kepada pembangunan model tersebut.

Rekabentuk Cafe Racer Urban

Ducati Formula 73 2026

Ducati Formula 73 2026 hadir dengan penampilan cafe racer urban yang langsing dan tangkas. Skema warna Silver (perak) dan  Aqua Green (hijau) diambil terus daripada arkib sejarah pusat gaya Ducati, Centro Stile Ducati untuk menyamai rupa asal Ducati 750 Super Sport Desmo.

Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026

Satu perincian menarik ialah jalur emas vertikal pada tangki yang merujuk kepada bahagian tidak dicat pada jentera lumba asal bagi memudahkan pemeriksaan tahap bahan api.

Ciri unik lain ialah bar hendal jenis clip-on dengan cermin sisi hujung hendal dan penggunaan komponen aluminium bilet pada tuas brek dan klac, serta penutup tangki bahan api Rizoma.

Ducati Formula 73 2026

Sebagai model eksklusif, setiap unit mempunyai nombor siri pada plat hendal dan disertakan sijil ketulenan serta kotak khas berisi lakaran sejarah.

Trenkuasa Desmodue 803 cc L-Twin

Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026

Ducati Formula 73 2026 dikuasakan enjin 2-injap L-Twin Desmodue 803cc dan agihan desmodromik yang memenuhi piawaian Euro5+.

Enjin itu mengekalkan tradisi teknikal Ducati sejak era 1970-an dan 1980-an yang mementingkan karakter tunggangan asli.

Output kuasa dihasilkan 73hp (53.7kW) @ 8,250rpm dan tork 65.2Nm @ 7,000rpm. Bagi memastikan prestasi optimum, Ducati melengkapkan Ducati Formula 73 dengan sistem terotel elektronik Ride-by-Wire yang menjadikan respons enjin lebih cepat, progresif dan lancar walaupun pada halaju rendah.

Sistem ekzos menggunakan mufler Termignoni yang direka khas dengan perincian estetika unik untuk memberikan bunyi padu selain membangkitkan nostalgia perlumbaan.

Kuasa dihantar ke roda melalui sistem transmisi yang dilengkapi ciri anjakan pantas Ducati Quick Shift DQS untuk pertukaran gear lebih pantas.

Teknologi, Kawalan Tunggangan

Ducati Formula 73 2026

Walaupun nampak klasik, Ducati Formula 73 dilengkapi sistem elektronik moden seperti model Ducati lain seperti Kawalan Traksiu Ducati (DTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan, sistem Ducati Quick Shift (DQS) dan dua mod tunggang: Sport dan Road.

Frem trelis keluli yang dicat hijau (Aqua Green) dipadankan rim jejari 17 inci dan tayar Pirelli Diablo Rosso IV bagi memastikan pengendalian mudah dan selamat dalam pelbagai situasi tunggangan.

Ketersediaan Pasaran, Harga

Logo Ducati

Ducati Formula 73 2026 hanya dikeluarkan 873 unit bernombor di seluruh dunia. Sebagai rujukan, model di Britain dijual pada harga £15,095 (RM80,430).

Cafe racer itu dijadualkan tiba di bilik pameran Eropah menjelang musim bunga tahun ini (sekitar Mac – Mei 2026), manakala pasaran global lain dijangka menerima unit tersebut menjelang akhir musim panas (sekitar Ogos – September 2026).

Peminat juga boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti helmet Arai dan jaket sport yang menggunakan skema warna sedondon dengan model tersebut.

Spesifikasi Ducati Formula 73 2026

Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
  • Enjin 4-lejang 2-injap L-Twin Desmodue 803cc penyejukan udara
  • Output kuasa 73hp (53.7kW) @ 8,250rpm, dan tork 65.2Nm @ 7,000rpm
  • Mufler ekzos Termignoni
  • Berat kerb 183kg
  • Frem Trelis keluli
  • Sistem Suspensi fork terbalik (USD) KYB 41mm (depan), dan monoshock KYB boleh laras prabeban (belakang)
  • Sistem Brek brek cakera 330mm dengan kaliper radial Brembo 4-piston dan ABS belokan Bosch (depan), dan brek cakera 245mm dengan kaliper apung 1-piston dan ABS Belokan Bosch (belakang)
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang)
  • Pakej Elektronik Unit Unjuran Inersia (IMU), ABS Belokan, DTC, Mod Kuasas dan DQS
  • Panel Meter TFT 4.3 inci
  • Mod Tunggang Sport dan Road
  • Lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL)
  • Tambahan Sistem Multimedia Ducati (DMS) dan navigasi belok demi belok Turn-by-Turn
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Ducati Formula 73 2026
Cafe racer Ducati Ducati 750 Super Sport Desmo Ducati Formula 73 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.