Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Diavel V4 (2023) Menang Motosikal Tercantik EICMA 2022!
Auto Terkini

Ducati Diavel V4 (2023) Menang Motosikal Tercantik EICMA 2022!

Abang HirataBy Abang Hirata15/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Motosikal Milan (EICMA) 2022
melabuhkan tirai dengan meninggalkan kenangan manis buat Ducati apabila Ducati Diavel V4 (2023) dianugerahkan Moto più bella, iaitu motosikal tercantik pada pameran tersebut.

Kejayaan itu menambah kegemilangan 2022 buat Ducati yang baru saja memenangi kategori penunggang dan pengilang dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Pecco Pelumba Pertama Ducati Menang Empat GP Berturut-Turut, Quartararo Semakin Dicabar

Malah, pelumba Ducati turut memenangi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022 dan menerajui kategori pengilang dengan baki tiga perlumbaan di Australia.

Pertandingan Vota e vinci la moto più bella del Salone sudah berlangsung sejak 2005, dianjurkan majalah Itali Motociclismo dengan kerjasama EICMA dan menjadi kemenangan ke-11 buat Ducati.

Ducati Diavel V4 (2023) menguasai 36.8 peratus undian daripada kira-kira 23,000 pengundi, terdiri daripada pengunjung EICMA 2022 dan pengguna laman web Motociclismo. Kemenangan super cruiser itu diumumkan pada hari terakhir EICMA 2022 dan disambut Ketua Pereka Motosikal di Pusat Rekabentuk Ducati, Andrea Amato.

Pada pameran kali ini, Ducati membawakan barisan motosikal hebat dan baharu seperti Scrambler, Multistrada V4 Rally, DesertX dalam grafik RR22, Panigale V4 R, Streetfighter V2 dalam warna Storm Green, V4 S dalam warna Grey Nero, V4 SP2, Monster SP dan tidak ketinggalan basikal elektrik Futa ASX.

Sedikit fakta mengenai Ducati Diavel V4 (2023):

  • Hadir dalam rekabentuk dan enjin baharu 1,158cc Granturismo V4 bagi menggantikan enjin 1,262cc V-Twin berkuasa 168hp @ 10,750rpm dan tork 126Nm @ 7,500rpm.
  • Walaupun berkongsi enjin Multistrada V4, tork dihasilkan 4.9Nm lebih tinggi.
  • Pecutan 0-100kmj di bawah 3 saat.
  • Enjin baharu membolehkan selang servis dapat dibuat setiap 60,000km.

  • Antara teknologi canggih diberikan adalah fungsi nyah aktif silinder belakang ketika berhenti atau pada ligatan rev rendah.
  • Sebagai model terbaharu, Ducati Diavel V4 (2023) dilengkapi pelbagai sistem elektronik seperti empat mod tunggang: Sport, Touring, Urban dan Wet, termasuk ciri Kawalan Jelajah dan Kawalan Mula Pandu.
  • Juga dilengkapi Kawalan Traksi Ducati (DTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) dan Quickshifter Ducati (DQS) dua arah (atas-bawah).
  • Rekabentuk Ducati Diavel V4 (2024) kekal sebagai cruiser dengan membawa gaya ala muscle car.
  • Tiga komponen menyerlah pada model ini ialah susunan lampu belakang LED, ekzos tiga paip dan tayar belakang besar saiz 240/45.
  • Ada dua warna pilihan: Ducati Red (merah) dan Thrilling Black (hitam).
  • Model ini akan menjengah masuk pasaran Eropah pada Januari 2023 sebelum menyusul ke Amerika Syarikat (AS), bulan berikutnya.

BACA >>> Ducati Panigale V4 R (2023) yang Hampir Mirip Jentera WorldSBK, Kuasa 240.5hp!

Ducati Diavel EICMA 2022
Ducati Diavel 2023
Andrea Amato Ducati Ducati Diavel 2023 Ducati Diavel V4 (2023) EICMA 2022 Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.