• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati 1299 Panigale R Final Edition di Bilik Pameran, Mungkinkah Berpeluang ke Malaysia?

Ducati 1299 Panigale R Final Edition di Bilik Pameran, Mungkinkah Berpeluang ke Malaysia?

November 27, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

654
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Ducati sekarang memang sedang hangat. Walaupun masih belum berjaya menjadi juara Kejuaraan MotoGP, tetapi jenama itu cukup kuat untuk menambat ribuan peminat dua roda. Mungkin inilah dikatakan biar kalah perang, tetapi menang pertempuran.

Antara sebab kenapa Ducati jadi idaman ramai ialah rekabentuk, karakter dan penjenamaan dilakukan pengeluar dari Itali itu. Tidak dilupakan bunyi ekzos dan rentak enjin yang sentiasa memanggil-manggil.

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition - Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Nama Ducati terus meningkat naik selepas memperkenalkan model V4 baharu. Tetapi kepada mereka yang masih mahukan model legenda, Ducati memaklumkan sedang membahagikan unit eksklusif 1299 Panigale R Final Edition ke bilik pameran sah.

Model itu sudah didedahkan kepada umum sejak Julai tahun lalu, cuma selepas lebih setahun barulah sudi menjengah bilik pameran.

KENAPA ISTIMEWA?

Final Edition ialah model istimewa sempena memperingati kejayaan enjin yang mencatatkan sejarah tersendiri buat Ducati dan memberikan aksi penting dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Cuma 1,299 unit dengan nombor siri khas dikeluarkan, dan setiap unit didatangkan dengan 'surat beranak' atau sijil ketulenan yang menjadikan ia model lebih berharga.

Berikut ciri Ducati 1299 Panigale R Final Edition:

  • Enjin 1299 Superleggera berkuasa 209hp @ 11,000rpm dengan tork 142Nm @ 9,000rpm.
  • Patuhi peraturan Euro 4.
  • Aci engkol (crank shaft) lebih ringan dengan pin engkol lebih besar dan pad imbang (balancing pad) dibuat daripada logam tungsten.
  • Konrod dan injap masukan ekzos dibuat daripada titanium.
  • Dua piston berdiameter 11 mm dengan dua bahagian dan beroperasi dalam lapik silinder besi (steel cylinder liner).
  • Frem monokok kompak  dibangunkan bersama Ducati Corse dengan kotak udara. Antara faktor penting yang menyumbangkan berat 1299 Panigale R Final Edition cuma 179kg.
  • Dilengkapi suspensi mekanikal Öhlins dengan tahap miring headstock 24º.
  • Ekzos lengkap titanium Akrapovič dengan dua silenser, sama seperti Panigale R yang baru menamatkan khidmat dalam WorldSBK.
  • Dilengkapi sistem elektronik Unit Unjuran Inersia (IMU) Bosch dan ABS Selekoh, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO, Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO dan Kawalan Brek Enjin (EBC).
  • IMU Bosch dihubungkan kepada 3 ospyen mod tunggangan: Race, Sport dan Wet, boleh diubah mengikut pilihan peribadi.
  • Kemasan triwarna sebagai identiti eksklusif dalam komuniti enjin kembar Ducati.

Jumlah 1299 unit yang diedarkan agak berpatutan untuk peminat Ducati serata dunia. Apakah rancangan Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar Ducati? Pasti ada peminat tempatan yang sudah bertanya tentang model itu.

Pada 2014, Ducati pernah mengeluarkan 500 unit model khas Panigale 1199 Superleggera. Berdasarkan status laman Facebook PanigaleKingdom, ada 4 unit model itu di tanah air. Harganya? Sekitar RM500,000! Siapa cakap tiada orang Malaysia mahu beli Ducati dengan harga gila-gila?

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

GALERI

Artikel Berkaitan

654
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati 1299 Panigale R Final Editions, Itali, Panigale, superbike, WorldSBK, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my