Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Diskaun Tol Raya: Jalan Duta-Juru Jimat RM8.66! (Hari Raya Pertama Sahaja)
Auto Terkini

Diskaun Tol Raya: Jalan Duta-Juru Jimat RM8.66! (Hari Raya Pertama Sahaja)

Han OthmanBy Han Othman29/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Kerja Raya, Baru Bian semalam mengumumkan diskaun tol untuk 23 lebuh raya dalam negara sebanyak 10 – 33 peratus buat pengguna kenderaan Kelas 1, bermula hari pertama perayaan Aidil Fitri, minggu depan yang dijangka disambut pada Rabu, 5 Jun ini.

Diskaun tersebut akan berkuatkuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, hari sama. Maksudnya, bermula malam Raya, iaitu selepas tengah malam hari Selasa (jika raya 5 Jun) atau awal pagi Rabu hingga tengah malam Rabu pada hari sama.

Berikut kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat :

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  • Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  • Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu :

  • Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
  • Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
  • Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

BERAPAKAH DISKAUN DAPAT?

Jika anda mahu dapat diskaun di atas, kenalah balik ke kampung halaman pada malam raya, betul-betul tengah malam. Untunglah siapa kampungnya dekat.

Namun, kepada mereka yang kampungnya jauh di mata yang mengambil masa lebih 4 jam pemanduan, seeloknya rancang perjalanan dengan baik kalau tidak mahu sampai selepas sembahyang raya dengan mengumpul banyak kompaun jalan raya.

Berapakah pula jumlah diskaun yang kita dapat? Sekarang kami cuba bantu anda buat kira-kira dengan mengambil jarak perjalanan dari Tol Duta di Kuala Lumpur hingga Tol Juru di Pulau Pinang. Lihat saja gambar di bawah untuk bahagian Kelas 1. Kadar tol asal ialah RM43.30 dan selepas diskaun 20 peratus untuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)  menjadi RM34.60, penjimatan RM8.66.

Anda boleh semak kadar tol di SINI. Ingat, ini cuma kadar tol biasa, dan anda perlu kira sendiri kadar tol selepas diskaun

  • Kadar Tol Biasa (RMxx) * Peratus Diskaun (%) = Jumlah Diskaun.
  • Kadar Tol Biasa – Jumlah Diskaun = Kadar Tol Selepas Diskaun#
Kadar Tol Biasa
Kadar Tol Selepas Diskaun
Balik Raya Batu Bian Diskaun Tol 2019 Diskaun Tol Aidilfitri 2019 Lebuh Raya PLUS Tol Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.