Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Dilema Ola S1 Pro, Skuter Kononnya Paling Maju India Hadapi Banyak Kes Fork Tercabut
Roda2

Dilema Ola S1 Pro, Skuter Kononnya Paling Maju India Hadapi Banyak Kes Fork Tercabut

ShawkathBy Shawkath31/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


OLA Electric menganggap skuter elektrik jenama itu sebagai model paling maju dengan model paling premium ialah S1 Pro.

Bagaimanapun, dakwaan kononnya itulah model paling maju mula menimbulkan curiga berikutan beberapa pemilik mula berkongsikan pengalaman pemilikan masing-masing yang tidak berapa ‘indah’.

BACA >>> Ola S1 – Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India

Pertama, aspek kualiti kiriman unit baharu S1 dan S1 Pro dikaitkan dengan jarak tunggangan singkat, mudah rosak, hilang keupayaan mengecas dan insiden skuter mengundur luar kawalan hingga menyebabkan kecederaan. Malah ramai pemilik S1 Pro berkongsi foto mendedahkan fork depan skuter yang tertanggal sepenuhnya.

Semuanya bermula dengan foto menunjukkan kerosakan S1 Pro milik seorang individu di Twitter dengan imej fork tercabut sepenuhnya daripada casis.

Pemilik skuter itu, Anand Lavakumar mendakwa kejadian berlaku ketika dia menunggang model tersebut dan secara tidak sengaja merempuh dinding ketika mendaki bukit dalam kelajuan 25kmj.

@OlaElectric @bhash
The front fork is breaking even in small speed driving and it is a serious and dangerous thing we are facing now, we would like to request that we need a replacement or design change on that part and save our life from a road accident due to poor material usd pic.twitter.com/cgVQwRoN5t

— sreenadh menon (@SreenadhMenon) May 24, 2022

Pemilik lain, Fasil pula memuat naik foto skuter S1 Pro merah yang juga menunjukkan fork tercabut.

Beberapa sumber mendakwa penggunaan tiub logam nipis sebagai lengan suspensi sebagai penyebab insiden fork depan mudah rosak dalam jangka masa singkat. Malah, material digunakan juga kurang sesuai untuk kegunaan lasak akibat faktor tekanan.

Salah satu insiden besar adalah membabitkan Maheshwari dari Jodhpur yang cedera kepala dan lengan apabila skuternya tiba-tiba mengundur pada kelajuan penuh hingga merempuh dinding.

Mangsa dilaporkan menerima 10 jahitan di kepala dan terpaksa dimasukkan dua plat besi untuk memulihkan tulang lengannya retak. Satu lagi kes sama berlaku di Guwahati yang menyebabkan seorang penunggang muda retak tulang.

Apabila ditanya mengenai kemalangan di Guwahati, Ola Electric cuma mengulas insiden itu bukan berpunca akibat kegagalan brek, tetapi kecuaian penunggang.

BACA >>> Fikir Untung, Guna Komponen Kualiti Redah Punca Skuter Elektrik Terbakar di India
BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini

SUMBER: BikeAdvice

Mobiliti Elektrik Ola Electric Ola S1 Pro roda2 skuter elektrik Skuter India
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.