Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Denda Hingga RM2k, Penjara 6 Bulan Jika Guna Nombor Plat ‘Fancy’
Auto Terkini

Denda Hingga RM2k, Penjara 6 Bulan Jika Guna Nombor Plat ‘Fancy’

Han OthmanBy Han Othman12/06/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDIVIDU atau pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara atau kedua-duanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kesalahan mempamerkan mombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM250 atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

“Mereka diberi masa selama 10 hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran mengikuti spesifikasi,” katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Khairul berkata lagi, nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan dan tidak menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’ yang boleh mengelirukan.

JPJ Selangor pada Jumaat lalu melaksanakan Op Nombor Pendaftaran di Seksyen 15, di Shah Alam. Operasi bermula jam 8 malam membabitkan 35 kenderaan jenis motosikal dan kereta persendirian.

Menurutnya lagi, orang awam boleh membuat sebarang aduan trafik kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

BACA >>> Remaja Guna Nombor Plat Janda Kena Tahan Polis
BACA >>> Apa Jadi Jika Nombor Plat Malaysia Ikut Macam Jerman?

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Datuk Khairul Khar Yahya Denda Nombor Plat Fancy Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Nombor Plat Fancy
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.