Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Delhi Kuat Kuasa Had Laju Baharu, Lebih 48k Pemandu Kena Saman dalam Seminggu
Auto Terkini

Delhi Kuat Kuasa Had Laju Baharu, Lebih 48k Pemandu Kena Saman dalam Seminggu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Trafik bandar raya Delhi di India baru-baru ini melancarkan operasi membanteras pemandu dan penunggang motosikal yang memandu melebihi halaju baharu yang dikuatkuasakan bermula 8 Jun lalu.

Hasilnya, 48,412 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju antara 7-13 Jun lalu. Bagaimanapun, jumlah nilai saman tidak didedahkan pihak berkuasa India.

BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar

Undang-undang halaju baharu berkuat kuasa minggu lalu untuk semua jenis kenderaan di bandar raya Delhi yang menetapkan halaju maksimum:

  • 60-70kmj – Di laluan utama seperti lebuh raya kebangsaan, jalan lingkaran dan berhampiran Lapangan Terbang Indira Gandhi (IGI).
  • 30kmj – Di kawasan kejiranan, pasar dan jalan raya perkhidmatan (jalan kecil selari laluan besar untuk ke kawasan tertentu seperti kediaman).

Polis Trafik Delhi menggunakan dua kaedah mengesan kesalahan memandu laju iaitu:

  • Guna kamera pengesan perlanggaran halaju (OSVD) di beberapa jalan.
    • Kamera akan merakamkan kesalahan dan menghantar maklumat rakaman seperti nombor plat ke pangkalan data sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
  • Guna kamera tripod mudah alih dikendalikan anggota polis trafik yang menyorok di kawasan tertentu.
    • Pesalah akan ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di laluan sama. Apabila ditahan, saman elektronik akan dicetak dan diserahkan secara manual kepada pesalah (sama seperti biasa dilakukan polis Malaysia).

Pesuruhjaya Khas Trafik, Taj Hassan berkata, bayaran saman kini sama untuk kenderaan persendirian dan komersial yang sama segmen. Saman elektronik itu akan dihantar kepada pesalah yang dikesan sistem OSVD.

Terdahulu, pihak berkuasa India menetapkan halaju maksimum motosikal di lebuh raya, 70kmj. Undang-undang halaju baharu itu menyaksikan kelajuan dibataskan kepada 60kmj di semua jalan bandar raya Delhi. Bagaimanapun, ada beberapa jalan dihadkan kelajuan setakat 50kmj sahaja.

Rombakan had kelajuan itu kali pertama dilaksanakan secara besar-besaran di semua jalan persekutuan sejak 2011 walaupun ada angka halaju terpaksa dinilai semula di beberapa jalan tertentu antara 2017 dan 2019.

BACA >>> Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?
BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun Muslim Friendly) Boleh Kena Saman?
BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya?
BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

SUMBER: HindustanTimes

48 Auto Terkini Kesalahan halaju New Delhi Saman Halaju Saman Halaju New Delhi Taj Hassan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.