Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa
Roda4

Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa

Han OthmanBy Han Othman19/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda-brv-bg
RASANYA masih belum terlambat untuk anda menyaksikan kelibat Honda BR-V di Pameran Auto Malaysia 2016 yang memasuki hari terakhir hari ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC). Model prototaip Taffeta White (putih) itu dijana enjin 1.5L i-VTEC yang menghasilkan kuasa 120hp, sekali gus menjadikan output enjin crossover itu menurut Honda adalah paling tinggi dalam segmennya.

Menawarkan kapasiti 7-tempat duduk, Honda BR-V menampilkan desain signatur Honda menerusi ‘Solid Wing Face’ bersama rel bumbung yang nyata menyerlahkah penampilan penuh bergaya dan berkarakter. Menambahkan elemen trendy BR-V ialah kehadiran lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci, termasuk ciri keselamatan asas seperti kamera undur dan pelbagai sensor.

PELBAGAI KONFIGURASI KERUSI

Konfigurasi kerusi direka mudah bagi mendapatkan ruang but ekstra. Ruang but standard ialah 223L dan boleh diluaskan kepada 539L menerusi pelbagai konfigurasi kerusi. Misalnya, barisan kerusi kedua boleh diunjurkan ke hadapan dan belakang, serta dilipat dan diterbalikkan secara ‘One Touch Tilt & Tumble’ untuk mendapat konfigurasi 60:40. Cara sama juga boleh digunakan untuk barisan kerusi ketiga untuk ruang 50:50.

Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V

honda-brv-feature
Kemasan kerusi menggunakan material kulit yang lembut dan tahan lasak, dan ruang belakang dibekalkan ventilator penyaman udara untuk mendapat lebih keselesaan sepanjang perjalanan. Reruai Honda turut mempamerkan Sudut Teknologi Termaju yang dibangunkan untuk mendidik pengunjung tentang sistem hibrid Honda, teknologi keselamatan dan enjin turbo.

Prototaip terbaru Honda dengan teknologi hibrid – i-DCD Sport Hybrid – turut ditayangkan sepanjang pameran berlangsung. Pengunjung juga berpeluang memandu dan merasai pengalaman peranti mobiliti peribadi UNI-CUB β.

Honda Accord, Civic dan City akan sentiasa berada di reruai Honda sehingga jam 9 malam hari ini. Bagi anda yang tidak sempat turun padang ke MIECC, Honda akan melancarkan siri jelajah Malaysia sepanjang dua bulan akan datang di beberapa lokasi seperti berikut:

NOVEMBER

  • AEON Mall Shah Alam
  • Aman Central Mall, Alor Setar
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang

DECEMBER

  • AEON Mall, Kota Bharu
  • Giant Kuala Terengganu Mall,
  • East Coast Mall, Kuantan
  • Tesco Extra Bandar Tebrau, Johor Bahru
  • AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Melaka
  • 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
  • Tesco extra Ipoh Garden, Perak
  • Inanam, Kota Kinabalu
  • Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

Maklumat lanjut boleh hubungi 1-800-88-2020 atau layari Honda.com.my.

SPESIFIKASI

HONDA BR-V
ENJIN 1.5L i-VTEC
KUASA 120hp
TORK 145Nm
SUSPENSI Topang MacPherson (depan); Beam torsi bentuk-H
CIRI Penyaman udara belakang, kapasiti but diperluasa 60:40 atau 50:50, Bantuan Mula Daki (HSA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), entri tanpa kunci, paparan audio video 6.1 inci dengan sambungan Bluetooth dan USB

GALERI

Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Crossover Honda Honda BR-V Honda Malaysia Malaysia Autoshow 2016 Pameran Auto Malaysia 2016 Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

18/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

17/03/2026
Sukan Permotoran

Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.