Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Davinci DC100 – Motosikal Elektrik Dengan Ciri Robotik
Roda2

Davinci DC100 – Motosikal Elektrik Dengan Ciri Robotik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DAVINCI Tech yang berpangkalan di Beijing, China sudah mendedahkan model DC100 iaitu motosikal bateri-elektrik gaya kafe racer futuristik yang bakal mengubah landskap roda dua global.

Ada banyak ciri luar biasa pada DC100 termasuk mampu mengimbang sendiri dan bergerak mengekori anda. Berikut ialah perinciannya:

  • Maklumat trenkuasa elektrik tidak didedah melainkan output kuasa 135hp (100.75kW) dan tork 850Nm. Mampu pecut ke 100km dalam masa sekitar 3 saat. Kelajuan maksimum 200kmj.
  • Menggunakan sistem kawalan pintar yang menghubungkan beberapa unit motor. Ada laporan lain menyatakan kuasa 137hp disalur pada hab belakang motosikal.
  • Dua data jarak perjalanan dikongsi iaitu 400.75km menurut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) dan 357.51km Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia  (WLTP).
  • Boleh dicas dengan pengecas pantas tahap 3 DC dan bateri capai kapasiti penuh sekitar 30 minit. DC100 juga boleh dicas di rumah dengan kabel pengecas mudah alih dan soket standard kediaman.
  • DC100 hanya ada satu tuil brek yang menyatukan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek-Kombi (CBS) dan Kawalan Traksi (TCS) menjadi sistem henti.
  • Ada fungsi Bantuan Kawalan Mula Bukit (HAC). Ciri ini menjadi aktif selepas melepaskan tarikan tuil brek. Motosikal akan bergerak ke depan dan menawarkan tork diperlukan untuk memulakan tunggangan lancar.

  • Semasa turun bukit, DC100 akan selaraskan kelajuan untuk mendapatkan keseimbangan dan pemulihan kuasa bateri.
  • Di jalan rata, DC100 akan bergerak 7kmj selepas tuil brek dilepaskan dan berada dalam mode tunggangan.
  • Apabila dalam mod mengundur, DC100 akan bergerak ke belakang dengan mudah dengan tork tinggi untuk memudahkan kerja mengundur.
  • Hadir dengan konektiviti aplikasi telefon pintar dengan akses penuh maklumat prestasi motosikal.
  • Ada ciri robotik termasuk fungsi HAC, Bantuan Kawal Turun Bukit dan Bantuan Mengundur selain integrasi sistem brek.
  • DC100 ada ciri pemulihan tenaga kinetik dan sistem pengurusan bateri yang memantau tahap keselamatan pek bateri dalam masa nyata.
  • Boleh naik taraf sistem dan perisian firmware tanpa wayar.
  • Davinci Tech menyatakan ciri termaju akan datang ialah keupayaan motosikal mengimbang sendiri, kawalan jauh dan akses sumber perisian terbuka (open-source software access).
  • Ciri mengimbang sendiri menggunakan teknologi EPS (presumably electronic power steering) dan enam axis IMU (Unit Unjuran Inersia).
  • Fungsi mengimbang sendiri itu adalah sebahagian sambungan kepada satu modul pengesan dan kawalan jauh. Ini bermaksud DC100 boleh mengekori sesuatu sasaran.
  • Sepertimana Davinci Tech menyatakan: “Bayangkan motosikal anda sebagai rakan joging.”

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Piaggio Perkenal Gita – Robot Beg yang Boleh Gerak Sendiri
BACA >>> DS3 Cafe Racer Edisi Terhad Sempena Rai Era Popular Motosikal 60-an di London
BACA >>> 10 Motosikal China 'Copy Ori' yang Serupa Tapi Tak Sama

SUMBER: TheDriven

Bateri Motosikal Elektrik Davinci Tech motosikal elektrik Motosikal Robotik
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.