• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dasar Kerajaan Punca Suzuki Tutup Operasi Kilang Motor di Pakistan Hingga 10 Jun Ini

Dasar Kerajaan Punca Suzuki Tutup Operasi Kilang Motor di Pakistan Hingga 10 Jun Ini

May 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PAK Suzuki Motor Company (PSMC) sekali lagi mengumumkan rancangan menutup sementara operasi kilang motosikal di Pakistan hingga 10 Jun 2023.

Portal Brecorder melaporkan pengeluar kenderaan itu membuat hebahan itu dalam notis kepada Pakistan Stock Exchange (PSX).

PSMC mendakwa keputusan itu terpaksa dibuat berikutan pendirian semasa Kerajaan mengenakan langkah sekatan import yang memberi kesan terhadap sektor automotif hingga menyebabkan berlaku masalah kekurangan inventori.

Disebabkan kekurangan kadar inventori, pengurusan syarikat memutuskan untuk menutup kilang motosikal bermula 23 Mei 2023 hingga 10 Jun 2023."

Notis tersebut menyatakan kilang kenderaan Suzuki (empat roda) akan kekal meneruskan operasi seperti biasa.

PSMC sebelum ini pernah menutup operasi kilang automobil (kenderaan empat roda) dan motosikal hingga Mei 2009 disebabkan kekurangan bahan mentah. Kilang automobil juga pernah ditutup antara 7 hingga 28 April.

PMSC adalah pemasang, pengeluar dan pemasar kereta, trak pikap, van, kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Suzuki selain menghasilkan komponen alat ganti berkaitan.

PSMC bulan lalu mencatat kerugian tertinggi untuk tempoh suku pertama 2023 (tiga bulan) banyak 12.9 bilion rupee (RM204.4 juta) akibat penurunan jualan dan kos kewangan tinggi.

Sektor automotif di Pakistan sedang berdepan krisis teruk. Syarikat lain seperti Indus Motor Company Limited dan Honda Atlas Cars juga pernah menutup operasi pengeluaran beberapa bulan lalu disebabkan gangguan ekonomi.

Menurut laporan, sebahagian besar sektor automotif Pakistan bergantung kepada import dan terjejas teruk apabila Kerajaan memutuskan mengurangkan aktiviti import dan menyekat pengeluaran Surat Kredit (LC). Selain itu, kos pembiayaan tinggi dan kenaikan harga kenderaan mendadak turut menjejaskan permintaan terhadap kenderaan di Pakistan.

SUMBER: Brecorder

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pak Suzuki Motor Company (PSMC), Pakistan Stock Exchange (PSX), Suzuki Pakistan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my