Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dari Celica ke Camry – Legenda Sedan Toyota Kini Kembali dalam Versi Hibrid Serba Mewah!
Auto Terkini

Dari Celica ke Camry – Legenda Sedan Toyota Kini Kembali dalam Versi Hibrid Serba Mewah!

SyafieBy Syafie03/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Camry HEV 2024

TOYOTA Camry bukan nama asing di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan pada pertengahan 1990-an, sedan eksekutif itu pantas mencuri perhatian kerana menawarkan keselesaan, ruang kabin luas dan rekabentuk kemas.

Tidak hairanlah model itu sering dikaitkan dengan golongan profesional, syarikat korporat dan juga sektor Kerajaan. Malah hingga kini, Camry kekal sinonim sebagai simbol prestij dan kebolehpercayaan dalam barisan sedan Toyota.

Dulu Celica, Sekarang Camry

Toyota Camry cukup popular serata dunia. Awalnya, model tersebut dibangunkan khas untuk pasaran eksekutif di Jepun, tetapi sambutan hangat diterima membuatkan Toyota yakin menjadikan Camry sebagai model global selepas Corolla.

Menariknya, nama Camry sendiri berasal daripada perkataan Jepun ‘kanmuri’ yang bermaksud mahkota, manakala asal-usul pula bermula daripada model Toyota Celica Camry.

Toyota Celica Camry (A40/A50, 1979 – 1982)

Toyota Celica Camry

  • Diperkenalkan pada Januari 1979 sebagai versi 4-pintu kepada Celica, tetapi diasaskan daripada Toyota Carina pacuan roda belakang (RWD)
  • Ditawarkan dalam enjin 1.6L (88ps) dan 1.8L (95ps) sebelum dianik taraf kepada 1.8L EFI (100ps) pada 1981
  • Varian 2000GT dijana enjin 2.0L DOHC (135ps) dengan suspensi independen lengan semi-seret (semi-trailing arm)

Toyota Camry Generasi Pertama (V10, 1982 – 1986)

Toyota Camry 1st Gen

  • Dilancarkan pada Mac 1982 sebagai Toyota Camry pertama, yang juga sedan saiz pertengahan (mid-size) pertama menggunakan enjin pacuan roda depan (FWD).
  • Antara ciri menarik ialah:
    • Kluster instrumen digital
    • Pengesan brek pad haus
    • Transmisi automatik 4AT dengan fungsi overdrive
    • Enjin Sports Twin-Cam 160ps (1984)
  • Varian diesel turut ditawarkan bermula 1983

Generasi Kedua (V20, 1986 – 1992)

Toyota Camry 2nd Gen

  • Rekabentuk lebih aerodinamik dengan varian Prominent yang mewah, dan dijana enjin 2.0L V6, trim kayu asli, kerusi elektronik, dan panel instrumen digital
  • Varian ini turut dijenamakan sebagai Lexus ES250 (2.5L V6)
  • Dilengkapi teknologi moden pada zamannya seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kawalan jelajah, brek cakera belakang, dan pilihan pacuan empat roda (4WD)

Generasi Ketiga (XV10, 1992 – 1996)

Toyota Camry 3rd Gen

  •  Toyota beralih strategi global dengan model lebih besar, dikenali sebagai Toyora Camry Scepter di Jepun
  • Ada dua enjin pilihan:  2.2L (140ps) dan 3.0L V6 (200ps)
  • Buat kali pertama hadir dengan ciri keselamatan moden seperti beg udara, Sistem Kawalan Traksi (TCS), dan Sistem Suspensi Elektronik Terlaras Toyota (Toyota Electronic Modulated Suspension, TEMS)

Generasi Keempat (XV20, 1996 – 2002)

Toyota Camry 4th Gen

  • Dilancarkan pada Disember 1996 dalam pilihan enjin 2.2L atau 2.5L V6 (200ps) dengan transmisi ECT-i
  • Dilengkapi siri baharu seperti penyaman udara automatik, kunci kawalan jauh, kluster Optitron, dan sistem navigasi
  • Inilah generasi yang melonjakkan nama Camry di Malaysia sebagai sedan eksekutif pilihan korporat dan Kerajaan

 Generasi Kelima (XV30, 2002-2007)

Toyota Camry 5th Gen

  • Dilancarkan pada September 2002 dengan rekabentuk lebih moden
  • Toyota Camry mula diiktiraf sebagai kereta famili global, dan terlaris di Amerika selama empat tahun berturut-turut
  • Ciri utama ialah corong penyaman udara di belakang, enjin VVT-i, suspensi baharu, dan  keselamatan seperti lampu HID dan beg udara sisi
  • Di Malaysia, dikenali sebagai Toyota Camry Prestige dengan enjin 2.0L (144ps) atau 2.4L (154ps)

Generasi Keenam (XV40, 2007 – 2012)

Toyota Camry 6th Gen

  • Hadir dengan kabin lebih luas, lantai belakang rata, dan keselesaan premium
  • Teknologi baharu seperti teknologi penulen udara Plasmacluster dwi-zon, sistem penghidup tanpa kunci (keyless entry), butang tekan mula (push-start), dan visor matahari sisi
  • Kali pertama kali ditawarkan dalam trenkuasa hibrid 2.4L (188ps dengan transmisi eCVT
  • Malaysia menerima enjin 2.0L (147ps) dan 2.4L (167ps)

Generasi Ketujuh (XV50, 2012 – 2017)

Toyota Camry 7th Gen

  • Rekabentuk lebih tajam dengan ciri moden seperti lampu LED, pengecas wayarless, dan sistem audio JBL
  • Trenkuasa 2.0L VVT-iW (167ps), 2.5L Dual VVT-i (181ps), dan hibrid 2.5L (205ps)
  • Malaysia turut menerima varian hibrid selain petrol

Generasi Kelapan (XV70, 2017 – 2022)

Toyota Camry 8th Gen

  • Dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan rekabentuk sporty dan lebih dinamik
  • Dijana enjin Dynamic Force 2.5L (203ps), 3.5 V6 (301ps), dan hibrid 2.5L (215ps)
  • Dilengkapi ciri moden seperti: Paparan dongak (HUD), Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Toyota Safety Sense (TSS), Brek Pegun Automatik (AHB), dan Brek Parkir Elektronik (EPB)
  • Di Malaysia hanya ditawarkan dalam varian 2.5V, tetapi dalam spesifikasi penuh.

Kelahiran Baharu Toyota Camry Tahun Lalu!

Toyota Camry HEV 2024

Tahun lalu, kita dikejutkan kemunculan semula Toyota Camry HEV versi XV80 yang tampil dengan rekabentuk luaran dan dalaman serba mewah.

Model sedan eksekutif itu ialah versi import penuh (CBU) dari Thailand dan membuat debut di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, sekali gus menjadi antara tarikan utama acara tersebut.

Berikut antara ciri baharu dan naik taraf utama diperkenalkan pada Toyota Camry XV80 HEV:

1. Trenkuasa Hibrid Generasi Kelima

  • Toyota Camry 2.5 HEV kini menggunakan sistem hibrid elektrik generasi kelima Toyota
  • Enjin 2.5L Dynamic Force NA + motor elektrik
  • Output keseluruhan 230ps dan tork 221Nm + tork 208Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.2 saat
  • Ada mod pemanduan: Eco, Normal, Sport dan EV penuh

2. Rekabentuk Luaran Lebih Aerodinamik, Bergaya

  • Rekabentuk depan dan belakang lebih tirus, mirip Prius baharu dan Toyota Crown
  • Lampu utama LED bentuk-C, dan lampu belakang konsep sama
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar Bridestone Turanza 235/45R
  • Ada bampar dengan ventilator angin untuk menyalur udara ke roda depan
  • Bumbung panoramik dua seksyen

3. Kabin Lebih Premium, Teknologi Tinggi

  • Stereng baharu balutan kulit lembut dan tombol elektrik boleh laras (condong dan teleskopik)
  • Kluster instrumen TFT 12.3 inci resolusi tinggi dengan pilihan paparan meter
  • Paparan dongak (HUD) dengan pilihan tiga visual
  • Unit infotainmen baharu dengan konektiviti Android Auto (berwayar), dan Apple CarPlay (wayarles)
  • Sistem audio JBL Premium dengan sembilan pembesar suara dan subwufer
  • Arahan suara (Hey Toyota / OK Toyota) untuk kawalan pintar
  • Kerusi elektrik boleh laras 8-tetapan dengan fungsi memori, sokongan lumbar dan geluncur automatik (auto-slide) masuk atau keluar
  • Penumpang belakang dapat kerusi miring 8º dan kawalan penyaman udara 3-zon, audio, tirai serta soket USB Type-C

4. Keselesaan, Keselamatan Tambahan

  • Sistem ADAS  Toyota Safety Sense (TSS) versi terkini dengan kamera pengimbas
  • Pad pengecas wayarless 15W, lima port USB (termasuk Type-C), dan soket 12V
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi pegun automatik (AutoHold)

5. Warna Baharu, Lebih Variasi

  • Ada enam pilihan warna: Cement Gray Metallic (kelabu), Emotional Red 2 (merah), dan Dark Blue Mica (biru)
Retro Auto Roda4 Sedan Eksekutif sedan saiz pertengahan sedan segmen-D Toyota Camry Toyota Celica Toyota Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.