Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China
Auto Terkini

Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIMLER bersetuju membincangkan potensi kerjasama di China dengan Li Shufu, selaku pemegang saham terbesar pengeluar automotif Jerman itu. Mengulas perkara itu sempena Mesyuarat Tahunan Daimler di Berlin bersama 6,000 pemegang saham, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daimler, Dieter Zetsche (gambar atas) berkata, setakat ini perbincangan dengan Pengerusi Geely itu menunjukkan petanda positif.

“Beliau mahukan pelaburan dengan Daimler dalam bentuk kerjasama jangka panjang dan dia menyokong strategi kejayaan kami.

“China ialah pasaran terpenting kami. Dalam perbincangan masa depan perniagaan kereta di China, kami akan dapat melibatkan pemegang saham terbesar,” kata Zetsche.

Zetsche menegaskan kerjasama itu turut memerlukan sokongan daripada rakan usahasama di China yang sudah lama bersama Daimler, iaitu Baic. Daimler juga terbuka kepada sebarang cadangan dalam memenuhi kepentingan Baic.

BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler

Li Shufu tidak hadir dalam ucap tama itu yang mana saham taikun itu diwakili proksi. Sejak membeli saham Daimler 9.7 peratus, pengeluar automotif Jerman itu dilihat cuba bersikap adil demi memenuhi kemahuan pemegang saham baharu dan pada masa sama menjayakan usahasama strategik dengan rakan kongsi China sedia ada.

Kumpulan Geely Holdings Zhejiang bulan ini membentangkan rancangan untuk mula menjual jenama Lynk & Co di Eropah yang dilihat usaha melebarkan pengaruh pakatan China-Eropah di rantau tersebut.

Daimler mencatatkan pendapatan yang naik, tetapi berdepan tekanan perbelanjaan hebat berikutan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).

 

SUMBER: EuropeAutoNews.com

Auto Terkini Daimler Dieter Zetsche Geely Kumpulan Geely Holdings Zhejiang Li Shufu Lynk & Co Mercedes-benz saham
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.