Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Daihatsu Boon Style Edition – Hatchback JDM yang Comel Menawan
Roda4

Daihatsu Boon Style Edition – Hatchback JDM yang Comel Menawan

Han OthmanBy Han Othman15/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UNIK tentang automotif Jepun ialah model pasaran domestik, dipanggil JDM, yang hanya dikeluarkan untuk jualan tempatan sahaja. Boleh dikatakan hampir semua pengeluar Jepun ada versi JDM masing-masing daripada model sekecil Keicar hingga prestasi tinggi seperti WRX dan GT-R.

Terbaharu, pengeluar Keicar, Daihatsu melancarkan model Boon Style Edition Boon turut dikenali sebagai Daihatsu Sirion atau kembarnya yang lebih premium, Toyota Passo. Di Malaysia, Boon ialah model asas Myvi yang dijenamakan semula sebelumPerodua diberikan kebebasan menghasilkan rekabentuk Myvi baharu.

Dilancarkan bersama Boon versi dipertingkat, edisi Style ini dibezakan dengan garis bulat dan lembut, yang membentuk kesan siluet yang comel dan unik dalam warna merah jambu, digelar Daihatsu sebagai Juicy Pink Metallic.

BACA >>> Model ‘Oldskool’ Jadi Ilham, Kereta Konsep Daihatsu Imbau Rekabentuk Retro

Warna badan didatangkan dalam kemasan satu atau dua tona dengan bumbung putih, dan ada juga versi Powdery Beige Metallic (kuning air), tetapi Daihatsu buat masa ini seakan cuba menarik minat peminat Hello Kitty supaya meminati model subkompak itu.

Hatchback segmen-B ini juga menampil rim aloi 14 inci uni dengan lampu kabus LED, trim luaran putih, aksen dalaman magenta, upholsteri sued-faux dan cermin khas dengan penapis sinaran ultraungu dan infra merah.

Boon Style Edition ini dijual pada harga ¥1,522,800 (RM56,576) untuk pacuan roda depan (FWD) atau  ¥1,718,280 (RM63,838) untuk pacuan semua roda (AWD). Tetapi, itu bukan versi Boon paling mahal pernah ditawarkan Daihatsu untuk JDM, kerana harganya tidak banyak berbeza dengan varian premium untuk kelas supermini seperti Perodua Axia.

Boon dipertingkat berharga ¥1,177,200 (RM43,736) untuk varian asas X, manakala versi premium ¥1,891,080 (RM70,258) untuk Boon CILQ dengan Pakej G dan AWD.

BACA >>> Foto Daihatsu ‘Sirion Myvi’ Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia

GALERI

SUMBER: CarScoops

Daihatsu Boon Daihatsu Boon Edisi Style Daihatsu Boon Style Edition hatchback segmen-B Juicy Pink Metallic Keicar Roda4 Segmen B Segmen-B Hatchback
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.