Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cyan Racing Lynk & Co Raih Juara WTCR 2019 di Sepang
Auto Terkini

Cyan Racing Lynk & Co Raih Juara WTCR 2019 di Sepang

Abang HirataBy Abang Hirata17/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUJUNG minggu lalu berlangsung pusingan akhir WTCR Race of Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menyaksikan jentera handalan seperti Lynk & Co 03, Hyundai i30, Honda Civic, Volkswagen Golf dan banyak model lain berentap hebat.

Cyan Racing Lynk & Co dengan jentera Lynk & Co 03 TCR dinobatkan sebagai juara WTCR 2019 kategori berpasukan, sekali gus mencipta rekod sebagai pengeluar China pertama meraih kejuaraan dunia.

Ini kali ketiga berturut-turut Cyan Racing menjadi juara dunia. Menariknya, semua kemenangan itu dicapai bersama tiga pasukan berbeza, iaitu bersama Volvo Polestar dalam WTCC (2017), pasukan bebas (2018) dan Lynk & Co dalam WTCR (2019). Kejuaraan tiga kali itu juga belum pernah dicatatkan mana-mana pasukan dalam sejarah WTCR.

BACA >>> Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

Lynk & Co Cyan Racing berjaya mengatasi lawan terdekat, Hyundai (34 mata) dan Honda (54 mata) dengan mempertaruhkan pelumba handalan, Yvan Muller yang juga melayakkan beliau digelarkan pelumba kereta touring paling berjaya di dunia.

Muller menduduki tempat ketiga musim ini yang juga tahun ke-12 beliau menamatkan siri WTCR di kedudukan ketiga teratas. Seorang lagi pemandu hebat ialah Thed Björk dengan mengakhiri perlumbaan di tempat ke-4 keseluruhan.

Persaingan pusingan final kali ini tidak mudah kerana peluang menjadi juara dilihat terbuka antara Hyundai dan Honda. Ini ditambah pula kondisi cuaca di SIC yang sentiasa dengan suhu tinggi, hujan lebat dan perlanggaran.

Kejayaan ini juga hasil kerjasama berpasukan apabila dua lagi pemandu Lynk & Co, Yann Ehrlacher dan Andy Priaulx turut membantu mengutip mata kemenangan. Walaupungagal memperolehi kejuaraan berganda untuk kategori pemandu, duo pelumba itu berazam meraih kemenangan tahun depan.

WTCR kejohanan perlumbaan yang melibatkan jentera dengan spesifikasi yang hampir kepada kereta kegunaan pengguna harian.

BACA >>> Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

KEPUTUSAN FIA WTCR RACE OF MALAYSIA 2019

KEDUDUKAN AKHIR
MATA KESELURUHAN PEMANDU – 5 TERATAS
  1. Norbert Michelisz | Hyundai i30 | 372 mata
  2. Esteban Guerrieri | Honda Civic | 349 (-23)
  3. Yvan Muller | Lynk & Co 03 | 331 (-41)
  4. Thed Björk | Lynk & Co 03 | 297 (-75)
  5. Johan Kristoffersson | Volkswagen Golf | 243 (-)

…

9. Yann Ehrlacher | Lynk & Co 03 | 222 (-150)
18. Andy Priaulx | Lynk & Co 03 | 122 (-250)

MATA KESELURUHAN PASUKAN – 5 TERATAS
  1. Cyan Racing Lynk & Co | 628 mata
  2. BRC Hyundai Squadra | 594 (-34)
  3. Münnich Motorsport | 574 (-54)
  4. BRC Hyundai Lukoil | 354 (-274)
  5. Cyan Performance Lynk & Co | 344 (-284)

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

GALERI
Andy Priaulx Cyan Racing FIA WTCR Race of Malaysia Lynk & Co Lynk & Co 03 Lynk & Co 03 TCR Piala Kereta Touring Dunia (WTCR) 2019 Thed Björk World Touring Car Cup WTCR 2019 WTCR Race of Malaysia 2019 Yann Ehrlacher Yvan Muller
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.