• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cuma 1 Peratus EV Daftar Sepanjang 2023

Cuma 1 Peratus EV Daftar Sepanjang 2023

June 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN elektrik (EV) sering dikatakan sebagai mobiliti masa depan yang akan menjadi pengganti kepada kenderaan berasaskan petrol dan diesel (ICE). Senario sama juga membabitkan pasaran Malaysia.

Kita juga sudah menyaksikan ketibaan pelbagai jenama baharu khususnya dari China dan Amerika Syarikat (AS) dengan tawaran produk berasaskan trenkuasa elektrik. Begitu juga usaha pemain-pemain jenama Eropah sedia ada di Malaysia.

Namun statistik pendaftaran kenderaan untuk tahun 2023 menunjukkan EV hanya mewakili satu peratus daripada jumlah kenderaan didaftarkan sepanjang tahun lalu.

STATISTIK PENDAFTARAN KENDERAAN 2023

  • Jumlah pendaftaran: 1,533,332 kenderaan
  • EV: 15,671 unit

STATISTIK PENDAFTARAN KENDERAAN 2024

  • Jumlah pendaftaran: 499,945 unit
  • EV: 7,003 unit

Jumlah itu menunjukkan EV mewakili 1.4 peratus daripada jumlah kenderaan didaftarkan di Malaysia setakat 30 April 2024.

Data itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media pengumuman harga cukai jalan EV di Putrajaya, tengah hari tadi.

Beliau berkata;

Tahap penggunapakaian kenderaan elektrik di Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif pada 2023 susulan dasar Kerajaan yang memberi pengecualian pelbagai duti, cukai dan fi yang berkenaan.

"Namun secara keseluruhannya, trend pertumbuhan EV di Malaysia masih di peringkat awalan. Jelasnya, peralihan kepada kenderaan ZEV (kenderaan sifar emisi) memerlukan sokongan dasar yang kukuh dan berterusan."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, autoterkini, cukai jalan EV 2026, Kenderaan Elektrik, mobiliti masa hadapan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my