Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Semua Penumpang Tren ETS No 9173 Digesa Buat Saringan
Auto Terkini

Covid-19: Semua Penumpang Tren ETS No 9173 Digesa Buat Saringan

Han OthmanBy Han Othman25/03/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggesa semua penumpang tren elektrik (ETS) No 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika mengalami simptom dijangkiti Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata, gesaan itu dibuat selepas kerana salah seorang mangsa wabak itu pernah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lalu.

“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu ialah mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin (22 Mac),” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kamarulzaman berkata, KTMB juga sudah menghentikan perkhidmatan tren tersebut serta-merata untuk kerja disinfeksi sepenuhnya, termasuk semua tren ETS lain bagi keselamatan penumpang dan kakitangan.

“Semua petugas syarikat yang berada dalam tren dan stesen terlibat juga diarahkan membuat ujian saringan kesihatan,” katanya.

KTMB akan terus memantau pengoperasian tren dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.

Orang ramai disarankan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook KTM Berhad, Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 bagi sebarang perkembangan terkini.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Covid-19 ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB Saringan Covid-19 Tren Elektrik ETS Tren ETS
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

CFMoto 250 Dual Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

02/02/2026
Auto Terkini

Mforce Rasmi Pejabat dan Pusat Servis Kuala Lumpur, Kini Terbesar di Malaysia!

02/02/2026
Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.