• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Converse X Neighborhood Chuck Taylor: Kasut Mesra Motosikal dengan Gaya Klasik

Converse X Neighborhood Chuck Taylor: Kasut Mesra Motosikal dengan Gaya Klasik

April 15, 2017 By AO Leave a Comment

5.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUDAH dipakai, lasak, versatil dan trendy ialah sebab kenapa kasut Converse, terutama model evergreen, Chuck Taylor All-Stars begitu popular di kalangan remaja. Kasut Converse bukan juga boleh dipakai untuk bersukan, melakukan aktiviti outdoor, berjalan-jalan ke bandar atau menghadiri majlis dan keraian tertentu.

Golongan brader-brader pun masih ramai yang memakai Converse disebabkan nilai sentimental yang dimiliki.

Terbaharu, Converse mengeluarkan kasut mesra-motosikal dalam usaha meluaskan populariti jenama itu di kalangan penunggang motosikal, termasuk menunaikan hajat peminat setia jenama itu yang mengharapkan kasut khusus untuk ride.

GAYA KLASIK CHUCK TAYLOR

Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-3
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-4

Masih mengekalkan gaya 'Chuck', kasut terbaru hasil kerjasama syarikat Neighborhood itu menampilkan inovasi pelapik anjakan atau shifter strap daripada getah dan kulit yang dijahit sekitar atas sendi jari kaki/kasut.

Di atas pelapik anjakan jelas tertera perkataan SHIFT. Turut ditulis ialah 'Neighborhood Technical Apparel | Tokyo, Est. 1994 | Craft with Pride'. Jelas sekali rekaan yang minimalis, kemas dan sempoi!

Selain itu, kasut khas motosikal itu turut menaik taraf beberapa bahagian penting seperti memperkuatkan lubang tali dan udara, tumit dan buku lali.

Jika berminat, bolehlah cari Converse X Neighborhood Chuck Taylor di mana-mana butik Converse terdekat. Kami tidak pasti sama ada Converse Malaysia ada membawa masuk model ini. Di Amerika Syarikat harga asal kasut ini ialah AS$110 (RM485), tetapi mengikut tinjauan kami di laman eBay, harganya mencecah hingga AS$349.99 (RM1,415) dan tidak termasuk kos penghantaran. 😭

Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-4
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-6
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-5
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-1
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-2
Converse-X-Neighborhood-Chuck-Taylor-3

SUMBER: Hypebeast.com

Artikel Berkaitan

5.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Converse, Converse X Neighborhood Chuck Taylor, kasut, kasut Converse Chuck Taylor, kasut mesra-motosikal, kasut motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my