• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cikgu Sekolah Memandu Hadap Tuduhan Terima Rasuah RM400 untuk Luluskan Ujian

Cikgu Sekolah Memandu Hadap Tuduhan Terima Rasuah RM400 untuk Luluskan Ujian

November 25, 2022 By Wahid Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG tenaga pengajar di institut memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menerima suapan RM400 untuk meluluskan ujian memandu seorang pelajarnya.

Bagi pertuduhan utama, Abu Zaharin Osman, 53, dituduh atas tuduhan menerima suapan untuk meluluskan ujian dijalani seorang pelajar wanita di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika didapati salah boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000, mana satu lebih tinggi.

BACA >>> MAA: "Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii"

Pertuduhan kedua pula adalah diberikan wang suapan RM400 daripada pelajar terbabit bagi tujuan sama yang mana tertuduh gagal melaporkan kepada SPRM mengenai pemberian sogokan berkenaan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sam, iaitu denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-dua sekali.

Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin memberitahu mahkamah perbuatan dilakukan tertuduh adalah kesalahan tidak boleh dijamin, dan mencadangkan jumlah RM10,000 jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk jaminan. Bagaimanapun, peguambela tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira keadaan anak guam sebagai penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah. Kes sebutan semula ditetapkan 12 Disember depan.

BACA >>> Minta Rasuah RM20k Elak Ditahan Tiada Surat Kebenaran PKP, Tiga Anggota JPJ Didenda
BACA >>> Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cikgu Sekolah Memandu, Rasuah, Sekolah Memandu, Suapan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev