Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Tiggo 9 Buat Demo Ujian Perlanggaran Sisi Depan, Ini Hasilnya…
Auto Terkini

Chery Tiggo 9 Buat Demo Ujian Perlanggaran Sisi Depan, Ini Hasilnya…

SyafieBy Syafie21/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9

DALAM usaha membuktikan komitmen terhadap keselamatan automotif, Chery Automobile melaksanakan ujian perlanggaran ekstrem secara langsung sebagai sebahagian program Ultimate Safety Exploration Tour.

Lebih 500 tetamu dan wakil media menyaksikan detik mendebarkan apabila dua unit Chery Tiggo 9 dilanggar secara berdepan dari sudut 15º yang masing-masing dalam halaju 50kmj dengan impak bersamaan satu kenderaan merempuh halangan pegun pada 100kmj.

Kenapa Ujian Ini Penting?

Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9

Ujian perlanggaran sisi depan kecil (small-overlap crash test) 15° dianggap ujian pelanggaran paling mencabar dalam industri automotif.

Berbeza perlanggaran frontal biasa, impak tidak diserap sepenuhnya casis, sebaliknya terkena struktur sisi yang lebih lemah, sekali gus menguji ketahanan lentur, kilasan, dan mampatan badan kenderaan.

Hasil Sangat Mengejutkan!

Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
  • Struktur kabin kekal utuh – Tiada sebarang deformasi pada pilar-A, -B atau -C
  • Semua beg udara berfungsi sempurna – Termasuk beg udara lutut dan beg idara tirai sisi
  • Tali pinggang dengan pra-tegang aktif serta-merta
  • Sistem bahan api selamat – Tiada kebocoran
  • Semua pintu boleh dibuka selepas perlanggaran – Memudahkan kerja menyelamat
  • Lampu kecemasan aktif automatik – Mencegah pelanggaran sekunder

Chery: Ujian Dunia Sebenar Lebih Realistik Berbanding Makmal

Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9

Ketua Jurutera Chery, Xu Youzhong berkata, sudut pelanggaran itu dipilih untuk meniru senario jalan sebenar, terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang mana sudut impak kecil sering berlaku dalam kemalangan sebenar.

Bukan sekadar kekuatan struktur, tetapi tentang bagaimana sistem kenderaan bekerjasama menyerap impak, melindungi penumpang, dan memudahkan penyelamatan,” katanya.

‘Safety, For Family’ – Bukan Sekadar Slogan

Melalui program itu, Chery membuktikan jenama itu tidak hanya bergantung pada ujian makmal standard. Sebaliknya menggabungkan pendekatan multidimensi seperti ujian ekstrem dunia sebenar bagi memastikan setiap teknologi keselamatan benar-benar boleh diharap ketika saat genting.

Ujian itu mengukuhkan reputasi Chery Tiggo 9 bukan hanya SUV elegan dan berteknologi tinggi, tetapi juga selamat untuk seisi keluarga.

SUV itu jelas sesuai buat mereka yang mahukan gaya, prestasi dan keyakinan penuh dari segi keselamatan.

Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Ujian perlanggaran ekstrem Chery Tiggo 9
Auto Terkini Chery International Chery Super Hybrid (CSH) Chery Tiggo 9 Crash Test
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.