Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

SyafieBy Syafie12/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV

CHERY Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh bergaya menerusi kempen istimewa Tawaran Prosperity, menawarkan penjimatan menarik sehingga RM16,888 untuk barisan model terpilih sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Kempen itu direka untuk memberi lebih nilai kepada pengguna Malaysia yang ingin memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) moden, sama ada berteknologi hibrid elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV) atau enjin petrol turbo, dengan gabungan prestasi, keselamatan dan keselesaan premium.

Rebat Tunai Lumayan Pelbagai Model

Melalui Tawaran Prosperity, pelanggan boleh menikmati rebat tunai bagi beberapa model popular Chery, termasuk model arus perdana dan varian elektrifikasi.

Antara mencuri tumpuan ialah Tiggo 8 Pro, iaitu SUV perdana Chery yang kini ditawarkan dengan rebat tertinggi RM16,888, menjadikannya lebih menarik kepada mereka yang mahukan SUV mewah 7-kerusi pada harga lebih kompetitif.

Senarai Rebat, Harga Runcit (Semenanjung Malaysia)

Warna Merah Bawa Tuah, Rebat Tambahan RM1,000

Bagi menambah kemeriahan Tahun Baru Cina, Chery Malaysia turut menawarkan rebat tambahan RM1,000 kepada pelanggan yang memilih warna merah bagi model terpilih.

Warna itu bukan saja melambangkan tuah dan kebahagiaan, tetapi menjadikan penjimatan keseluruhan mencecah RM7,888 untuk model tertentu.

Jaminan Bateri PHEV hingga 10 Tahun

Kepada pelanggan model PHEV, Chery Malaysia terus memberikan keyakinan tambahan menerusi:

  • Waranti bateri hingga 10 tahun atau 200,000km
  • Perlindungan lanjutan bernilai RM3,000
  • Meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan

Tawaran ini terpakai untuk pembelian baru dan pemilik sedia ada Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV, sekali gus mengukuhkan kedudukan Chery sebagai antara jenama paling agresif dalam segmen SUV elektrifikasi.

Tempoh Promosi

Kempen Tawaran Prosperity Tahun Baru ini akan berlangsung hingga 28 Februari 2026.

Pelanggan berminat disarankan mengunjungi pusat pameran Chery berhampiran atau melayari laman rasmi Chery Malaysia untuk maklumat lanjut.

Auto Terkini Chery Malaysia Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Elektrik (EV) Tawaran Prosperity Tahun Baharu
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.