Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Sumbang RM50k kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)
Auto Terkini

Chery Malaysia Sumbang RM50k kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)

SyafieBy Syafie16/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Malaysia sumbang RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)
KETIKA pelancaran model baharu Chery Tiggo Cross pada 9 Julai lalu, Chery Malaysia mengumumkan langkah penting dalam pembangunan komuniti dengan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN).

Sumbangan itu mencerminkan misi berterusan jenama automotif China tersebut dalam menyokong dan meraikan bakat tempatan yang bukan saja di jalan raya tetapi juga arena sukan negara.

Fokus Sokongan Jangka Panjang

Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia

Chery Malaysia turut mengumumkan sebahagian hasil jualan setiap unit Chery Tiggo Cross yang terjual tahun ini akan disalurkan kepada KWASN bagi memastikan sokongan jangka panjang terhadap pembangunan sukan negara.

Di Chery kami percaya prestasi bukan sekadar mengenai kenderaan, tetapi juga tentang memperkasa insan. Melalui inisiatif ini, kami mahu membantu lebih ramai atlet dan organisasi sukan tempatan untuk terus melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa.” – Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia

Usaha Konsisten dalam Arena Sukan Malaysia

Chery hadiahkan kereta kepada atlet Olimpik menang pingat

Ini bukan kali pertama Chery Malaysia terlibat dalam dunia sukan tempatan. Pada 2024, syarikat itu menghadiahkan kenderaan baharu kepada atlet Malaysia yang meraih pingat di Sukan Olimpik Paris sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kejayaan mengharumkan nama negara.

KWASN ialah dana amanah awam yang ditubuhkan untuk menyediakan geran kepada program dan aktiviti sukan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Ia juga menyokong penyertaan atlet, sama ada bawah naungan persatuan sukan kebangsaan atau secara bebas dalam kejohanan dunia dengan matlamat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking global.

Chery Ajak Sektor Swasta Lain Sertai Usahasama

Chery Malaysia turut menggesa lebih banyak syarikat swasta bersama menyumbang dalam mewujudkan ekosistem sukan yang mampan dan inklusif.

Selain menyumbang kepada KWASN, Chery juga aktif menyokong inisiatif akar umbi sukan seperti badminton, bola sepak, berbasikal, larian dan sukan pickleball, sejajar matlamat memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

Chery Tiggo Cross Dapat Sambutan Hangat, Lebih 1,000 Tempahan

Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Sejak pelancaran, Chery Tiggo Cross mencatat lebih 1,000 tempahan yang membuktikan sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu itu.

Ditawarkan pada harga bermula RM88,900 (Semenanjung Malaysia) bagi varian 1.5L Turbo dan RM99,800 (1.5L Hybrid CSH), kedua-dua varian berkenaan kini boleh dipandu uji di semua bilik pameran Chery seluruh negara.

Sukan Negara, Tanggungjawab Bersama

Insiatif itu menunjukkan bagaimana jenama automotif bukan saja boleh memberi impak di jalan raya, tetapi juga dalam membina masa depan sukan tanah air.

Dengan penglibatan aktif dalam program belia dan sukan, Chery membuktikan komitmen pengeluar itu dalam menyokong pembangunan negara secara menyeluruh.

  • Maklumat lanjut Chery TIGGO CROSS boleh layari www.chery.my
  • Ketahui lebih lanjut mengenai KWASN di www.kbs.gov.my/utama-kwasn
Auto Terkini Chery Malaysia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.