Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Rancang Perkenal Produk CKD, Model Semi-CKD Lancar Tahun Depan
Auto Terkini

Chery Malaysia Rancang Perkenal Produk CKD, Model Semi-CKD Lancar Tahun Depan

ShawkathBy Shawkath22/12/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR automobil dari China, Chery mendedahkan bersedia memulakan semula operasi perniagaan automotif di Malaysia menjelang pertengahan 2023 nanti.

Sebagai permulaan, Chery Malaysia mahu menumpukan kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas menyaksikan prestasi pertumbuhan mendadak di Malaysia seiring trend global.

BACA >>> Chery Kembali ke Indonesia! Lancar Dua Model SUV, 7-Kerusi Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro

Pengeluar itu mendakwa kenderaan segmen SUV menguasai pasaran sekitar 30 peratus pada 2021 dan mencatat pertumbuhan kira-kira 43 peratus tahun ke tahun.

MODEL APA BAKAL MASUK MALAYSIA?

Dalam sesi dialog maya bersama wakil Chery di China, ada beberapa maklumat dikongsi bersama PanduLaju, iaitu:

  • Chery Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia sebagai produk pemasangan tempatan (CKD).
  • Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) dalam pemanduan sebelah kanan (RHD).
  • Tiggo 4 Pro dan Tiggo 7 Pro juga akan diperkenalkan sebagai model CKD, tetapi akan dilancarkan secara berperingkat.
  • Varian hibrid plug-in (PHEV), seperti Chery Tiggo 8 Pro dan kenderaan elektrik (EV) lain berpontensi memasuki pasaran Malaysia sebagai model import (CBU).
  • Chery China masih dalam proses membangunkan model PHEV dan EV versi RHD. Apabila siap kelak, model demo akan dibawa masuk ke Malaysia (selain unit Tiggo 8 PHEV yang sudah sedia ada dalam negara).

FOKUS PASARAN, RANGKAIAN PENGEDAR

  • Chery Malaysia memberi penekanan kepada model SUV, terutama segmen-B dan -C untuk 2023.
  • Chery Malaysia ialah subsidiari Chery di China dan bukan firma yang terbentuk melalui perkongsian. Tujuannya, menjaga aspek pengedaran selain meningkatkan keyakinan pelanggan.
  • Chery Malaysia mahu mengambil pendekatan holistik dan bukan sekadar aspek jualan atau servis kenderaan semata-mata. Ini termasuk memberikan pengalaman end-to-end.
  • Chery Malaysia juga mahu melantik sekurang-kurangnya 30 pengedar yang tertumpu di kawasan bandar utama seluruh negara, termasuk kawasan Malaysia Timur.
  • Chery Malaysia juga berbincang dengan kumpulan pengedar yang masing-masing  sudah bersedia menjalankan operasi berniaga.

PROJEK CKD CHERY

Bagaimanapun, Chery memilih untuk mengunci mulut mengenai rakan strategik di Malaysia yang akan menjalankan aktiviti CKD produk jenama itu.

Namun akhbar The Edge pernah melaporkan kerja kontrak pemasangan kenderaan Chery (CKD) dilakukan anak syarikat Sime Darby Bhd, Inokom Corp Sdn Bhd.

Menurut Chery kepada PanduLaju, pelaburan di Malaysia membabitkan dua fasa, iaitu:

  • FasaPertama: Bekerjasama dengan rakan strategik untuk projek CKD di Malaysia dan masih menunggu keputusan daripada Kerajaan baharu.
  • Fasa Kedua: Membabitkan pelaburan lebih besar untuk bisnes pemasangan kenderaan di Malaysia.
  • Nilai pelaburan kedua-dua fasa tidak didedahkan, yang mana melibatkan aspek kilang pemasangan, termasuk rangkaian pengedar.
  • Jumlah pengeluaran CKD disasarkan 30,000 unit untuk tahun pertama.

Apabila ditanya mengenai status kesediaan Chery memulakan operasi di Malaysia pada suku kedua 2023 dengan tawaran model CKD dengan situasi di Malaysia yang masih ‘tergantung’, pengeluar itu memaklumkan;

Awal tahun depan, kami mulakan dengan model SKD (pemasangan separa tempatan).”

RANCANGAN EKSPORT

  • Chery juga merancang menjadikan Malaysia hab eksport kenderaan ke negara Asean lain.
  • Malah tahun depan, Chery merancang meneroka beberapa pasaran RHD di Asia seperti Brunei, Singapura dan Australia.
  • Chery memasuki Indonesia pada November 2022, tetapi cuma memperkenalkan model import (CBU).
  • Pasaran RHD lain yang sudah ditembusi Chery ialah Pakistan (Mac 2021), Bangladesh (Ogos 2022) dan Afrika Selatan (2021).

BACA >>> SUV 7-Kerusi Chery Tiggo 8 Pro (2022) Masuk Afrika Selatan, Harga Mula RM135k!
BACA >>> Chery Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro ‘Made In Indonesia’ Siap Sedia Dilancarkan
BACA >>> Spesifikasi Chery Tiggo 7 Pro (2021): Lancar di Filipina, Harga Mula RM106k
BACA >>> Chery Dedah Lakaran SUV Baharu Untuk Pasaran Eropah
BACA >>> Transformasi Chery – Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM

Auto Terkini Chery Malaysia Chery Omoda 5 Chery Tiggo 4 Pro Chery Tiggo 7 Pro Chery Tiggo 8 Pro (2022) Inokom Corp Sdn Bhd Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.