• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto Perkenal Jenama Zeeho, Lancar Skuter Elektrik AE4 pada Harga RM6.9k!

CFMoto Perkenal Jenama Zeeho, Lancar Skuter Elektrik AE4 pada Harga RM6.9k!

September 22, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMOTO Malaysia memperkenalkan jenama dua roda elektrik penuh ke pasaran tempatan, iaitu Zeeho, membabitkan barisan produk skuter.

Sebagai permulaan, model pertama ditawarkan ialah skuter elektrik (e-skuter) Zeeho AE4 dalam tiga warna pilihan pada hargaRM6,999, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Pengarah CFMOTO Malaysia, Ryan Tan dalam ucapan berkata, pihaknya akan memohon kepada Kementerian dan agensi berkaitan supaya model Zeeho AE4 tersenarai dalam skim MARiiCas.

Model itu dijadualkan berada di rangkaian pengedar selewat-lewatnya November ini. Berikut perincian skuter EV tersebut:

  • Ada tiga warna pilihan: Velocity Gray (kelabu), Helios Orange (oren) dan Nebula White (putih).
  • Dilengkapi motor elektrik tunggal 1.6kW (kuasa maksimum 3kW) sebagai hab roda belakang.
  • Pek bateri litium-ion 74V 27ah yang disimpan bawah lantai kaki dengan bateri tidak boleh tanggal.
  • Pecutan 0-30kmj sepantas 3.5 saat.
  • Ada dua mod tunggang: ECO dan Sport.
  • Kelajuan maksimum 65kmj dan anggaran jarak tunggangan hingga 63km.
  • Masa mengecas cuma 5.5 jam untuk kapasiti 0-80 peratus.
  • panel meter LCD digital berwarna.
  • Sistem skuter hanya boleh aktif dan padam menggunakan kad NFC.
  • Kunci buka pelana dan mengunci skuter.
  • Tempat mengecas ditempatkan di depan-bawah pelana.
  • Brek cakera tunggal pada roda depan dan belakang yang masing-masing berukuran 220mm dan 190mm dengan kaliper 2-piston.
  • Brek depan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar Obor Dragon bersaiz 80/90 (depan) dan 100/80 (belakang).
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absober boleh laras di belakang.
  • Dimensi panjang 1,910mm, lebar 743mm dan tinggi 1,154mm, manakala jarak roda 1,340mm dan jarak tinggi bumi 140mm.
  • Berat kasar 96kg.
  • Ruang storan bawah pelana 31 liter.
  • Frem dibina dengan swingarm untuk melindungi pek bateri dan menguatkan struktur skuter.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, CFMOTO Malaysia, MForce Bike Holdings (MForce Bike), roda2, Ryan Tan, skuter elektrik, ZEEHO AE4, ZEEHO Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my