Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

SyafieBy Syafie03/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CFMOTO Malaysia rasmi melancarkan CFMoto 250 Dual 2026, model pertama 2026 yang direka khas untuk penunggang yang mahukan motosikal serba boleh bagi kegunaan bandar dan off-road ringan.

Pelancaran CFMoto 250 Dual 2026 berlangsung sempena Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam pengembangan barisan produk CFMoto di Malaysia.

Harga RM9,888, Tiga Pilihan Warna

CFMoto 250 Dual 2026 ditawarkan pada harga RM9,888 dan kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMoto dan Mforce seluruh negara.

Model itu hadir dalam tiga warna pilihan:

  • Tundra Grey (kelabu)
  • Polar White (putih)
  • Lime Green (hijau)

Gabungan warna tersebut menyerlahkan karakter lasak yang digabungkan dengan sentuhan rekabentuk moden.

Enjin 249cc, Respons Lancar, Jimat Bahan Api

CFMoto 250 Dual 2026 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc penyejukan cecair, dengan output kuasa:

  • Kuasa: 18kW (24hp) @ 8,000rpm
  • Tork: 22.5Nm @ 7,000rpm

Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) memastikan respons terotel lancar, kecekapan bahan api lebih baik dan prestasi konsisten untuk tunggangan harian dan perjalanan jarak sederhana.

Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan rantai bersama klac manual basah multiplat, memberikan kawalan lebih tepat dan keyakinan ketika menukar gear.

Suspensi Panjang, ABS Dwi-Saluran

Bagi meningkatkan kestabilan atas pelbagai permukaan jalan, CFMoto 250 Dual 2026 dilengkapi:

  • Fork terbalik (USD) di depan
  • Monoshock di belakang

Suspensi itu  menawarkan jarak travel 160mm di depan dan 38mm (belakang), sesuai untuk laluan tidak rata serta tunggangan lasak ringan.

Sistem brek cakera tunggal 265mm di depan dan cakera tungga 220mm (belakang) dengan Sistem BrekAnti/Kunci (ABS) dwi-saluran untuk tahap keselamatan dan keyakinan lebih tinggi.

Rim Jejari, Jarak Tinggi Bumi Tinggi, Frem Tahan Lasak

CFMoto 250 Dual 2026 menggunakan rim jejari (spoke wheel) dengan:

  • Saiz tayar 80/100-21 (depan)
  • Saiz tayar 120/80-18 (belakang)

Gabungan itu memastikan cengkaman kukuh dan kestabilan di jalan berturap dan permukaan tidak rata. Frem tiub keluli pula meningkatkan ketahanan keseluruhan motosikal.

Dimensi panjang 2,120mm, lebar 910mm dan tinggi 1,225mm, manakala jarak roda 1,415mm

Tinggi pelana  840mm, dan jarak tinggi bumi 245mm. Berat 154kg, manakala kapasiti tangki petrol 13 liter

Spesifikasi itu menjadikan CFMoto 250 Dual 2026 sesuai untuk penunggang yang mahukan motosikal ringan, tangkas dan mudah dikendali

Ciri Moden, Waranti Menarik

Antara ciri standard ditawarkan adalah:

  • Panel meter digital
  • Lampu LED depan dan belakang
  • Port USB Type-A
  • Suis keselamatan tongkat sisi

Setiap pembelian CFMoto 250 Dual 2026 turut disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, dan kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian daripada CFMoto Malaysia.

Auto Terkini CFMoto 250 Dual CFMOTO Malaysia dual-sport Mforce Bike Holdings Sdn Bhd roda2
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.