Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CCTV ‘Tangkap’ Lebih 42 juta Kenderaan Lakukan Kesalahan Jalan Raya di Indonesia
Auto Terkini

CCTV ‘Tangkap’ Lebih 42 juta Kenderaan Lakukan Kesalahan Jalan Raya di Indonesia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

POLIS Indonesia (Polri) meneruskan usaha pembaharuan penguatkuasaan undang-undang menggunakan sistem Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Elektronik (ETLE) atau saman elektronik.

Seperti diketahui, dasar itu adalah salah satu program keutamaan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo yang dilaksanakan melalui Polis Trafik Indonedia atau dipanggil KORPS Lalu Lintas Polis Indonesia (Korlantas Polri).

BACA >>> Polis Indonesia Tumpu Penguatkuasaan Saman Elektronik Guna CCTV, Tiada Lagi Manual

Saman elektronik diperkenalkan sebagai usaha memastikan proses penguatkuasaan undang-undang dilakukan sepenuh masa selain meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya di Indonesia.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo berkata, program pelaksanaan sistem ETLE itu melibatkan 34 Polis Daerah (Polda) dan 119 Polres.

Jelasnnya, 34 Polda itu menggunakan 295 kamera statik ETLE, 794 kamera pegang tangan, 63 unit kamera 63 ETLE mobile on board (kereta peronda) dan tujuh kamera ETLE mudah alih.

BACA >>> Lebih 153.4j Kenderaan Atas Jalan Indonesia, Motosikal Kekal Pengangkutan Paling Popular

Beliau berkata:

Empat Polda dengan kamera ETLE yang digunakan hingga peringkat Polres ialah Polda Metro Jaya, Polda Jawa Tengah, Polda Jawa Timur dan Polda Sumsel.”

BACA >>> Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!

STATISTIK OPERASI ETLE

  • Sejak program saman elektronik dikuat kuasa sehingga Disember lalu, sebanyak 42,852,990 kenderaan dikesan melakukan kesalahan.
  • Daripada jumlah itu, data 1,716,453 pemilik kenderaan sudah disahkan staf sokongan. Surat pengesahan turut dihantar kepada semua pemilik kenderaan terlibat.
  • 636,239 data lagi disahkan ada melakukan kesalahan melanggar peraturan ditetapkan.
  • Bagaimanapun, ada sejumlah saman belum diserahkan kepada pemilik kenderaan disebabkan faktor alamat tidak lengkap.
  • Ada 268,216 saman elektronik dibayar selepas pemilik kenderaan membuat pengesahan, menerima surat saman dan kod bayaran.

BAGAIMANA SAMAN ELEKTRONIK DIBUAT

  • Kamera ETLE merakam kenderaan individu yang didapati melakukan kesalahan.
  • Selepas itu, status data kesalahan disahkan staf penguat kuasa dan menghantar surat pengesahan kepada pelaku melalui pos.
  • Pesalah membuat pengesahan melalui laman web atau melalui Pos Komando.
  • Selepas itu, pesalah diberi kod tiket bayaran melalui SMS atau emel untuk membuat bayaran ke pihak bank.

Dedi berkata:

Semua mekanisme digunakan untuk mengurangkan interaksi langsung antara pesalah dan pegawai penguat kuasa. Tujuannya untuk mengurangkan gejala rasuah atau bentuk salah laku lain.”

SUMBER: Kompas | Korlantas Polri |Suara

autoterkini Dedi Prasetyo Kamera Saman Elektronik Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Elektronik (ETLE) polis Indonesia Sigit Prabowo
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.